Product Review : Jordan Mud Mask Hercalisya | Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger: Product Review : Jordan Mud Mask Hercalisya

Product Review : Jordan Mud Mask Hercalisya



Assallammualaikum



Hai..apa khabar semua? diharap dalam keadaan sihat selalu. Okay kali ini shaila ingin review satu produk penjagaan wajah. Produk ini masih baru di pasaran. Produk yang shaila maksudkan adalah Jordan Mud Mask daripada Hercalisya. Jordan Mud Mask adalah semula jadi dari lumpur Laut Mati atau Dead Sea.



Seperti yang kita lihat, warna Jordan Mud Mask ini juga seakan warna lumpur. Walaupun warnanya hitam TETAPI berbau wangi tau. Bila pakai rasa tenang sahaja. Jordan Mud Mask merupakan produk organik yang mengandungi kandungan mineral yang tinggi yang bagus untuk kesihatan kulit. Lumpur Laut Mati mempunyai kepekatan mineral yang tinggi seperti magnesium, kalsium dan potassium. Ianya menggalakkan peredaran darah & menenangkan saraf anda.Lemak, toksin dan cecair badan terperangkap dalam tisu kulit berhampiran permukaan kulit anda. Dengan menggunakan Jordan Mud Mask ini, ianya bertindak dengan merangsang peredaran darah dan membersihkan toksin keluar melalui liang roma.Kandungan ekstrak petrolatum dan aloe vera melembapkan kulit dan tidak akan mnyebabkan kerengsaan.

Antara mineral yang terkandung dalamnya ialah:

1) Kalsium
2) Bromide
3) Magnesium
4) Potassium
5) Ekstrak petrolatum
6) Aloe vera

Apakah fungsi dan kebaikan yang terkandung di dalam Jordan Mud Mask ini? Jom sama-sama kita lihat :

1) Ianya berfungsi menghilangkan kotoran, toksin & minyak yang berlebihan untuk menghasilkan kulit yang bersih dan menyegarkan.

2) Mask ini mempunyai keupayaan untuk merangsang peredaran darah menjadikan kulit menjadi bersih dan cerah secara organik & semula jadi.

3) Kandungannya yang tinggi dengan sulphur membolehkan ia membersihkan & memulihkan masalah jerawat

4) Dengan keupayaanya melancarkan peredaran darah, kulit akan menjadi lembut,anjal dan kedutan berkurangan.

5) Membuang lemak dan sel kulit mati.


Taraaa...ada macam dayang senadung alaf baru tak? hahaha!!! Di sini Shaila ingin berkongsi cara pemakaian Jordan Mud Mask. Jordan Mud Mask ini bagi shaila sangat mudah dipakai dan tidak menyakitkan kerana Jordan Mud Mask ini apabila kering tidak perlu di tarik hingga meleleh air mata. Kita hanya perlu pergi ke sink, basuh muka done!!!

JORDAN DEAD SEA MUD sesuai digunakan 2-3 kali seminggu bergantung kepada kemahuan pengguna.

1. TENANGKAN perasaan anda dan cari tempat berehat yang sesuai untuk menikmati mud mask kami.

2. BASUH muka terlebih dahulu. Gunakan sebaik-baiknya air suam untuk membuka pori-pori agar bintik-bintik hitam dapat dihilangkan dengan lebih berkesan.

3. SAPU Jordan Dead Sea Mud ke seluruh bahagian muka yang dikehendaki. Sapu lapisan demi lapisan sehingga anda mendapat ketebalan yang memuaskan hati.

4. BEREHAT selama 30-45 minit untuk relaks sambil memberikan masa untuk Jordan dead Sea Mud bekerja membaiki dan mencantikkan kulit anda.

5. BASUH muka anda dengan air. Berbeza dengan mask yang lain di pasaran, Jordan dead Sea Mud ini tidak akan mengeringkan kulit, sebaliknya elemen pelembap di dalamnya akan menyebabkan kulit menjadi lebih lembut.



Gambar di atas diambil sebaik sahaja Shaila menggunakan produk Jordan Mud Mask. Hasil dari percubaan shaila memakai Jordan Mud Mask ini,kulit shaila terasa lembut dan gebu gitu. Selain itu kulit shaila nampak segar dan tidak kusam walaupun tidak menggunakan sebarang bedak dan make up.Kulit Shaila juga menjadi kurang berminyak walaupun sudah seharian berkerja. Shaila baru pakai sekali, nanti shaila akan update lagi setelah beberapa kali pemakaian Jordan Mud Mask.

kalau korang nak tahu apa-apa lagi Jordan Mud Mask atau berminat nak beli boleh lihat di sini:


Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

INFO TERKINI