Fashion Review | Koleksi Smart Casual Dorothy Perkins

Assallammualaikum


Kebanyakkan syarikat kini membenarkan para pekerja memakai pakaian smart casual untuk ke pejabat khususnya syarikat-syarikat private sector. Dan menyentuh mengenai pemakaian smart casual ini juga, masih ramai yang sebenarnya keliru dengan konsep pakaian kasual atau smart casual. Jika fesyen kasual lebih sinonim dengan pemakaian jeans dan t-shirt, smart casual pula lebih kepada kombinasi pakaian kasual dan formal. Contohnya, padanan jeans dan kemeja atau pemakaian jeans, blouse dan blazer. Jangan risau, untuk anda yang mungkinsudah terkeliru atau mahu mengikuti gaya smart casual yang betul, Dorothy Perkins Malaysia merupakan one stop centre yang terbaik buat anda. Mengapa?


Kerana di Dorothy Perkins anda berpeluang menemui aneka koleksi outerwear seperti blazer, jaket dan cardigan yang boleh anda gayakan bersama blouse atau kemeja anda. Penggunaan outerwear boleh menukar gaya kasual anda kepada gaya smart casual.


Begitu juga dengan koleksi blouse dan kemeja wanita yang terkini. Jika pemakaian t-shirt dianggap terlalu kasual, tampil ke pejabat dengan padanan jeans dan blouse untuk kelihatan lebih kemas. Anda juga boleh terus keluar bertemu rakan-rakan dengan selesa sebaik sahaja habis waktu pejabat kerana dengan kombinasi pakaian tersebut.



Untuk gaya smart casual yang betul, pemilihan seluar juga merupakan aspek yang penting. Anda boleh memakai jeans, tetapi anda harus tahu rekaan jeans yang paling sesuai untuk dipakai ke pejabat. Pilih koleksi straight cut jeans atau boot cut jeans untuk pemakaian yang selamat.

Ternyata pakaian dari jenama Dorothy Perkins Malaysia sesuai untuk wanita yang berkerjaya dan inginkan penampilan yang lebih casual dan Kemas. Tidak dinafikan pakaian memainkan peranan penting bagi seseorang. Pakaian juga mencerminkan diri seseorang. Tetapi tidak semua mampu membeli pakaian yang harga mencecah ratusan dan ribuan ringgit. Di Dorothy Perkins Malaysia, tidak semua pakaian berharga RM150 ke atas. Ada juga pakaian yang di jual dengan harga bawah RM100 buktinya adalah :


Untuk Naples Blazer ini harga asalnya adalah RM226 tetapi setelah mendapat potongan harga, harganya kini jatuh kepada RM89.


Naples Blazer ini sesuai jika di padankan dengan black tapered leg trousers yang berharga RM99. Pada pandangan shaila black tapered leg trousers ini tidak terlalu ketat dan sesuai untuk wanita muslimah.


Selain itu, cobalt angkle grazer trousers ini juga sesuai untuk dipakai ke office. Harga cobalt angkle grazer trousers ini pada asalnya RM119 tetapi sedang promosi jadi harga dia sekarang jatuh kepada RM59.50


cobalt angkle grazer trousers ini kalau dipadankan dengan black sequin sleeve shift dress yang berharga RM89 ini nampak cantik juga. Kerana ada kontra warna di situ antara biru dan hitam. Seperti yang sedia tahu hitam adalah warna "selamat" jadi ia sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis warna.

Okay, sampai di sini sahaja review shaila kali ini..jika ada yang berminat dengan koleksi dari jenama Dorothy Perkins Malaysia, boleh direct terus ke link ini Dorothy Perkins Malaysia .

Sekian Terima Kasih.

4 comments:

  1. Dorothy Perkins is one of my favourite outlet and attire selections...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh betul ker farah? memang pilihan yan tepatlah untuk wanita berkerjaya macam farah..hihihi

      Delete
  2. Replies
    1. betul tu raihanah, sangat cantik dan stylist..hihihi

      Delete

INFO TERKINI