Food Review : Nasi Arab Restaurant Saba

Assallammualaikum,


Pada hari ahad yang lepas, Shaila sempat singgah makan di sebuah restaurant yang terletak di Setiawangsa Kuala Lumpur. Restaurant ini agak terkenal di kalangan pengemar nasi arab. Kebetulan Shaila baru pulang dari hantar adik ipar di Putrajaya, jadi shaila singgahlah makan disitu.

Setibanya Shaila disini, apa yang Shaila lihat adalah parking berbayar di area kedai ini amat terhad. Kebetulan semasa Shaila sampai ada kereta keluar jadi langkah kananlah Shaila pada hari itu. Restaurant Saba ini terletak ditengah antara deretan-deretan kedai. Restaurant ini ada dua tingkat. Shaila memilih untuk ke tingkat dua.

Restaurant ini bagi Shaila selesa dan tempat duduk dia juga banyak. Selain itu, service penghantaran makan dia juga cepat. Selepas order, dalam beberapa minit, makanan pun sampai. 


Shaila order tiga makanan terdapat disitu iaitu mandi chicken saiz kecil, mandi lamb size kecil dan kebab ayam. bagaimana rasa makananya? rasa nasinya boleh tahan sedapnya ditambah dengan mandi chicken dan lamb yang lembut, memang buat kita rasa berselera untuk makan. Manakala kebab ayam juga tidak kurang sedapnya. Kerana kesedapannya itu, Shaila tambah lagi pesanan untuk menu mandi chicken. Baru rasa hendak diet sebab mak mertua kata dah gemuk...hahaha...haishhhh habis rosak program diet Shaila. Okay sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.



3 comments:

  1. berdangdut perut tengok gambar tu petang-petang ni.. haha T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaaa...harus cuba untuk hilangkan dangdut perut tu...ahakkkk...☺️☺️☺️

      Delete
  2. Hari tue pergi, dorang tengah renovate...

    dah cantk sekarang ek

    ReplyDelete

INFO TERKINI