Saturday, September 12, 2015

Food Review : Resepi Puding Roti

Assallammualaikum,


Hai semua apa khabar? di harap dalam keadaan sihat sejahtera. Okay, kali ini shaila hendak berkongsi resepi puding roti. Shaila tidak sempat ambil banyak gambar jadi shaila akan kongsi secara lisan resepi puding roti ini.

Bahan-Bahan

1. Roti Garnier 6 keping di potong dadu
2. Susu cair 2 cawan
3. Gula Halus setengah cawan
4. Butter 1 sudu makan
5. Essen Vanilla 1 sudu makan
6. Telur 2 biji
7. Kismis


Cara - cara memasak

1. Panaskan susu di dalam periuk hingga mendidih.
2. Kemudian masukkan roti yang telah di potong ke dalam periuk. Kacau rata agar roti itu tenggelam.
3. Masukkan gula, garam dan butter. Kemudian kacau rata. Biarkan seketika
4. Apabila bahan sudah sejuk sedikit, masukkan telur dan essen vanilla.
5. Letak kismis.
6. Ambil loyang bersize sedang, lenser dengan mentega. Kemudian masukkan bahan-bahan tadi.
7. Ambil 1 lagi loyang bersize besar, masukkan loyang yang mengandungi bahan-bahan tadi ke dalam loyang besar. Masukkan air panas ke dalam loyang besar untuk di bakar secara steam bath.
8. Bakar pada suhu 180c selama 45 minit hingga 1 jam. Apabila siap di masak, biarkan seketika, barulah potong untuk di makan.

Sekian Terima Kasih

10 comments:

  1. nanty nak guna resepi ni lah kak. hihi :)

    ReplyDelete
  2. roti garnier tu mcm mne??? ke gardenia? sbb google xjumpe..tpi sng je resepinye..blh follow

    ReplyDelete
    Replies
    1. opssss..gardenia..hahaha..spelling error..😂😂

      Delete
  3. memang senang nak buat ni.. rajin dengan tak rajin je isunya.. hehehehee... :)

    salam kenal.. singgah sini jalan-jalan blog...
    jemput la join Cabaran7Hari InstaBlog EFGKBBA... :)
    http://www.dramaticuniq.com/2015/10/cabaran7hari-bloginsta-selfie-paling-comel.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp...rajin dan juga tidak sahaja...hihihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...