Event Review : Pembukaan Mr Gunpla Cafe | Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger: Event Review : Pembukaan Mr Gunpla Cafe

Event Review : Pembukaan Mr Gunpla Cafe

Assallammualaikum

Bahagian Bawah Mr Gunpla Cafe




Hai semua, apa khabar? diharap dalam keadaan sihat selalu. Entry shaila kali ini adalah berkenaan jemputan ke majlis pembukaan cafe kawan shaila iaitu kak azura. Mr Gunpla cafe adalah cafe hasil perkongsian kak Azura dan juga adiknya.



First shaila masuk ke dalam Mr Gunpla Cafe ini, jam ini antara yang menarik perhati shaila. Jam ini memang cantik dan unik dengan rekaan patung gundam



Kambing golek antara hidang semasa majlis pembukaan ini. Selain kambing, ada juga juadah lain seperti nasi arab, kuih muih dan juga kek hasil tangan kak zura.Kek kak zura memang terbaik!! keenakkan rasanya hingga terbawa-bawa dalam mimpi...hihihi



Antara rakan-rakan shaila yang turut hadir pada majlis itu. Ohhh..kak zura adalah yang bertudung merah itu. Dulu satu office dengan shaila tetapi sudah berhenti dan sekarang sudah berjaya buka cafe sendiri.


Inilah merupakan coffee istimewa dari Mr Gunpla cafe. Aroma dan keenakkan rasa juga rasa coffee yang klasik memang menarik perhatian kami untuk mencubanya.



Antara dekorasi yang ada dalam cafe ini. Kalau semua perasan, kebanyakkan dekarasi kedai banyak terdapat patung gundam. Sebenarnya gundam adalah idea dan ispirasi dari adik kak zura itu sendiri. Adik kak zura ingin cafe mereka berkonsepkan gundam. Idea adik kak zura memang menarik.



Inilah ruangan makan didalam Mr Gunpla cafe itu. Kalau kita lihat, hiasan dan dekorasi Mr Gunpla cafe ini, memang nampak simple dan unik. Mr Gunpla cafe ini, mempunyai 2 tingkat. Tingkat pertama untuk ruangan makan manakala bahagian atasnya punya terdapat pelbagai koleksi robot gundam untuk dijual.
Bahagian Atas Cafe Mr Gunpla



Antara pelanggan cilik yang leka memasang dan bermain dengan robot gundam. Selain beli, boleh pasang sekali robot gundam ini di sini.



Ini adalah sebahagian koleksi robot gundam yang ada di Mr Gunpla Cafe. Kepada peminat tegar robot gundam, bolehlah mendapatkan robot gundam disini. Pelbagai jenis dan rekaan rekaan robot gundam yang ada di Mr Gunpla Cafe


Pemandangan di dalam kedai Mr Gunpla Cafe bahagian atas. Abaikan adik yang sedang leka ambil gambar ibunya itu...huhuhu



Patung comel ini juga antara koleksi yang menarik perhatian shaila semasa berada di dalam Mr Gunpla Cafe ini.



Ini adalah antara patung display gundam yang berada di Mr Gunpla Cafe.Terdapat banyak lagi koleksi patung gundam yang ada di Mr Gunpla Cafe.Okay sampai di sini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang.

Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment