April 23, 2015

Nursing Cover Paling Best dari My Hafiy Blogshop

Assallammualaikum


Hai semua! apa khabar? di harap dalam keadaan sihat sejahtera. Ingat lagi tak tentang entry shaila yang lepas berkenaan nursing cover dari My Hafiy Blogshop? tentang shaila masih dalam dilema untuk memilih design mana. Alhamdulillah shaila telah pun memilih dan telah terima pun nursing cover pilihan shaila.


Taraaa..inilah design nursing cover yang menjadi pilihan shaila iaitu design mickey mouse. First impression shaila buka parcel, shaila sudah teruja! mana tidaknya nursing cover ini didatangkan sekali dengan zipper beg yang comel dan kemas jahitannya. Bila shaila buka zipper beg lagilah shaila rase teruja kerana nursing cover ini sangat comel dan cantik! shaila sangat berpuas hati dari part corak dan kekemasan jahitanya.


Bila dah dapat, apa lagi jom cuba. Komen shaila tentang nursing cover dari My Hafiy Blogshop adalah pertama sangat selasa dipakai. Kedua shaila rasa selamat kerana dia menutupi semua part jadi tiada ruang orang nak skodeng kita menyusu anak. Ketiga pula dibahagian atas ada part adjustable jadi senang untuk kita melihat bayi yang ada di dalam. Yang keempat nursing cover ini menutup aurat kita! itu yang paling penting.


Selain digunakan untuk penyusuan bayi secara direct, shaila juga menggunakan untuk aktiviti mengepam. Dengan adanya nursing cover ini, mudah untuk shaila melakukan samaada direct susu ke bayi atau mengepam stock untuk EBM. Nursing cover dari My Hafiy Blogshop ini sangat membantu dan memudahkan shaila dalam aktiviti penyusuan.


Nursing cover adalah antara benda wajib yang perlu ada di dalam beg pump shaila. Dengan adanya zipper beg, memudahkan shaila lipat dan simpan dengan kemas nursing cover di dalam beg pump shaila.

Okay sampai di sini sahaja entry shaila kali ini. Jika sesiapa yang berminat untuk memiliki nursing cover seperti shaila, bolehlah menghubungi pihak My Hafiy Blogshop seperti yang shaila sertakan dibawah ini :

Facebook


Instagram

@myhafiy_blogshop

Sekian Terima Kasih

4 comments:

  1. comelnyaaa nursing cover mickey,...nasib saya dah ada nursing cover, kalau tak memang nak beli yang ni..

    ReplyDelete
  2. ok mcm teruja bila jumpak geng mengepum ni . . muni pon pump susu untuk baby girl muni . . nanti share2 la pasal tips mengepam n penyusuan yew . . hehehe .

    ReplyDelete

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...