TRAVEL: Mahkota Hotel Melaka | Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger: TRAVEL: Mahkota Hotel Melaka

TRAVEL: Mahkota Hotel Melaka

Assallammualaikum

Semasa cuti-cuti Malaysia di Melaka, shaila menginap di Mahkota Hotel Melaka. Mahkota Hotel Melaka Terletak hanya 15-minit berjalan kaki dari A’Famosa Fort. Selain itu Mahkota Hotel Melaka berdekatan dengan berhampiran Mahkota Parade Shopping Mall. Hotel Mahkota Melaka terletak kurang dari 15 km dari Lapangan Terbang Batu Berendam.


Pangsapuri-pangsapuri yang luas di Mahkota Melaka semuanya berhawa dingin dan mempunyai dapur kecil. Setiap bilik dilengkapi dengan ruang tamu yang selesa dengan sofa dan TV kabel.


Di Mahkota Hotel Melaka terdapat 2 kolam renang luaran serta tempat meletak kereta percuma. Kolam dia pun bersih dan tidak terlalu dalam. Selain itu disediakan juga kolam dan juga pancuran air untuk kanak-kanak. Kemudahan sauna yang berasingan untuk kaum lelaki dan wanita ada disediakan berserta dengan gelanggang skuasy dalaman serta gelanggang tenis luaran. Oasis Karaoke menyediakan hiburan sepanjang malam dengan bilik menyanyi peribadi.


Pemandangan dari bilik apartment shaila duduk. Shaila tempah bilik apartment ini dari agoda. Tempah ahrga di Agoda adalah lebih murah berbanding terus dari Hotel. Pakej shaila tidak termasuk sarapan pagi.Café Mahkota menyajikan bufet makanan Asia dan Barat yang asli. Latar yang kasual serta pemandangan kolam renang ditawarkan di The Pizza Terrace. Minuman dan muzik secara langsung boleh dinikmati di Bay Lounge.


Ini adalah ruang tamu di apartment yang shaila menginap. Ruang tamu dia agak luas dan selasa. Kalau ikut dari size ruang tamu ini, sesuai untuk 4 orang.Tetapi bilik disediakan hanyalah satu.


Ini pula ruang dapur dia. Ruang dapur dia agak sempit sedikit tetapi itu tidak menjadi masaalah pun kerana didalam apartment ini, tidak dibenarkan memasak.


Ini pula keadaan dalam bilik. Hiasan dalam bilik dia nampak lama. Selain itu, bilik air dia agak kecil dan sesuai untuk masuk sorang. Masuk ramai-ramai memang tidak digalakkan terutama yang bawa anak kecil. Lagi satu yang tidak best tentang bilik air adalah bathtub dia juga tidak berfungsi.


Shaila suka duduk di koridor dia memang best lepak disini sambil tengok pemandangan.Tetapi koridor dia agak kotor sedikit. Selain itu, angin di koridor ini pun memang kuat jadi memang sedap duduk disini sambil tengok mat Salleh bersidar dibawah..hahaha..Okay sampai disini sahaja entry shaila, jumpa lagi di entry akan datang pula..daa!

Sekian Terima Kasih.

4 comments:

  1. tengok tempat boleh tahan selesa ni... kalau rasa-rasa balik raya nanti akak tak nak tidur bersesak-sesak di rumah kampung bolehlah tidur kat hotel ni kot? hik hik hik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak selesa la duduk sini farah walaupun tidak taraf 5 bintang...hihihi

      Delete
  2. berkali kali lalu tapi tak pernah singgah.fulus x lebat laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..that's why kena guna agoda..dapat harga murah sikit berbanding harga direct dr hotel..

      Delete

INFO TERKINI