March 12, 2015

Resepi Toaster Twister Ala Shaila

Assallammualaikum


Hati shaila terdetik untuk buat Toaster ini, bila kawan office shaila bawa homemade toaster ke office. Bila rasa..hurmmmm...boleh tahan juga..jadi shaila pun google lah resepi untuk buat toaster ini dan cuba buat di rumah. Kalau tengok dalam google macam-macam resepi toaster yang ada dan juga bahan yang di gunakan juga berbeza-beza. Jadi untuk memudahkan kerja shaila, shaila just belajar basic cara buat toaster dan tukar bahan sesuka hati shaila...hahaha..senang ceritakan.


Resepi Toaster Twister Ala Shaila

Bahan-bahan:

kepingan tortila/wraps (WRAPS,TORTILLA,TWISTER)
Nugget Ayam / Daging Burger yang telah digoreng
Hot dog yang telah di goreng
Daun salad - carik-carikan
Timun - potong nipis
Sos Cili /Sos Tomato
Sos Black Paper
Mayonis
Cheese (jika mahu)

Cara-Cara

  1. Goreng Nugget / Daging burger
  2. Kemudian potong panjang-panjang
  3. Masukkan Nugget/daging burger dalam mangkuk gaul bersama timun,sos,mayonis dan sos black paper
  4. Ambil kepingan tortila/wraps (WRAPS,TORTILLA,TWISTER) panaskan diatas kuali tanpa minyak atau didalam oven.
  5. Kemudian Ambil salad susun di atas kepingan tortila/wraps (WRAPS,TORTILLA,TWISTER)
  6. Letakkan semua bahan di gaul tadi di atas salad, lalu di gulung.
  7. Toaster Twister boleh juga di belah 2 macam dalam gambar shaila itu.
  8. Done !! nom..nom...nom...
Sekian Terima Kasih

3 comments:

  1. perghhh nampak sedap !! boleh cuba buat nie

    ReplyDelete
  2. Brownies, cake, pie, and numerous different treats should be possible in it.

    ReplyDelete

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...