Tuesday, March 17, 2015

Nasi JJ Kak Wok TTDI Jaya


Assallammualaikum


Entry kali ini berkenaan food review yumyumyum..siapa pernah pergi makan nasi di Kak Wok TTDI Jaya? pasti ramai yang telah merasai kesedapan nasi di Kak Wok TTDI inikan?



Shaila selau pergi makan tengahri di sini bersama rakan-rakan office. Selalu kalau plan hendak makan sini, kitaorang akan set up time untuk keluar awal. Kenapa perlu keluar awal dari office? jawapanya untuk mengelak beratur panjang seperti diatas.


Disini hanya menyediakan 3 jenis lauk sahaja. Lauk-lauk itu adalah seperti ayam gulai, ayam goreng dan sambal belacan.


Konsep kedai Nasi JJ Kak Wok TTDI Jaya ini adalah makanan disediakan dalam bungkusan. Jadi Pelanggan boleh makan di situ ataupun bungkus memandangkan tempat duduk disitu adalah terhad.


Keenakkan rasa Nasi JJ Kak Wok boleh tahan. Nasi dia pula  memang lembut di tambah bersama lauk
ayam goreng kecil-kecil ni memang terbaik !! . Selain itu, kuah gulai ayam dan sambal belacan yang kaw2 habis memang buat kita rasa panas dan terangkat terutama di makan semasa panas-panas.


Ape motif ambil gambar separuh ini? haaaa..ini dinamakan seni...hihihi..actually orang tengah ramai time ini, malu pulak hendak ambil gambar selfie...separuh pun jadilah...kah..kah..kah..


Lokasi Kedai Kak Wok TTDI Jaya

No 50, Jalan Opera J U2/J, Shah Alam, Malaysia

Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

INFO TERKINI