January 19, 2015

Survey Breast Pump untuk di miliki

Assallammualaikum


Masa berlalu terlalu pantas,tinggal lagi 13 minggu 6 hari  untuk sampai due date bersalin. Sekarang shaila baru start buat survey breast pump.Bukan mudah untuk mencari breast pump yang sesuai untuk seorang ibu berkerja kerana sebelum membeli breast pump, kita perlu mengkaji beberapa ciri yang perlu ada pada breast pump. Antara ciri-ciri yang shaila letakkan sebelum membeli breast pump adalah :

1. Tidak Sakit
2. Tidak terlalu bising sehingga menganggu orang sekeliling
3.Tidak terlalu berat untuk dibawa ke mana-mana
4. Menjimatkan masa

Dibawah adalah beberapa breast pump yang menjadi pilihan shaila antaranya adalah:

Snow Bear Advanced Breast Pump


Harga: RM229.90

BREAST PUMP PALING JIMAT & Berkualiti:

- 99.6% Mommies yg guna bpuas hati
- Boleh pakai elektrik & Bateri
- Mimik bayi (membantu ibu yg ade inverted nipples)
- Tak sakit & Tak bising
- Praktikal & Tersangat Ringan 300g sahaja
- Kecil, diameter 12 cm sahaja & senang bawa
- Made in Korea (Ada servis center / customer support) senang dpt parts
- 3 Jenis Sedutan mimik bayi dengan massage
- 3 Level sedutan untuk keselesaan Mommies
- Anti Back Flow agar susu tak masuk ke tiub
- Corong breast pump yang lembut ber'cushion' & rekabentuk utk keselesaan
- Breast Pump ni Senang di pasang & di cuci. (Hanya 4 parts utama) 
- Selamat & Non toxic (BPA free and Phthalates Free) 
- US FDA approved material for safe storage

Review Snow Bear Advanced Breast Pump

Unimom Forte Breast Pump


Harga: RM495

Unimom Forte adalah pam susu gred hospital. Ia amat sesuai untuk ibu-ibu yang ingin meyusukan bayi dalam tempoh jangka masa yang panjang. Ibu-ibu boleh menggunakan pam susu ini samada untuk “single @ dual” pam dimana corong “extra” telah disediakan.
Sedutannya sangat selesa (amat menyerupai sedutan bayi) dan kekuatan sedutan boleh di selaraskan mengikut keselesaan masing-masing. Bunyinya yang senyap sangat sesuai jika dibawa ke pejabat atau di pam ketika bayi sedang tidur.
Kelebihan pam ini juga ialah, ibu-ibu boleh mengepam tanpa risau susu akan “backflow” ke dalam mesin kerana Unimom Forte yang baru ini telah diubahsuai aksesorinya daripada corong sistem terbuka kepada corong sistem tertutup. Bermakna mesin pam susu tidak akan terdedah dengan kuman atau bakteria yang disebabkan oleh susu lama yang tersedut ke dalam mesin.

Review Unimom Forte

Evelove Sassy Breastpump


Harga : RM299
- Design yg menarik & teknologi baru konsep ELEGANT
- Boleh pakai elektrik & bateri AAA 
- Mimik bayi -(tiru style baby hisap)
- Tak sakit(kekeuatan sedutan bole dikawal & Tak bising
- Praktikal & Tersangat Ringan
- Kecil senang bawa,masuk handbag
- LCD display
- Anti Back Flow
- Corong pam yang lembut & rekabentuk utk
keselesaan optimom
- Senang di pasang & di cuci)
- Selamat &Non toxic (BPA free and Phthalates Free)
- US FDA approved material for safe storage
-spare part mudah & murah

Review Evelove Sassy Breastpump

Medela Swing Single Electric 

Harga : RM799
Ciri-ciri :
- Memerah susu secara senyap
- Susu dapat dipam lebih dalam masa yang singkat
- Pelbagai peringkat vakum dan tetapan dapat diselaraskan
- Mudah dipasang, digunakan dan dibersihkan

Review Medela Swing Single Electric Breast Pump

Philips Avent Single Electric Breast Pump


Harga : RM899

Philips Avent Single Electric Breast Pump juga boleh digunakan secara manual. Anda boleh menggunakan kepala elektrik ketika adanya power plug. Boleh juga menggunakan battery pack (guna 4 biji battery AA), tapi makan bateri sikit... Dan, sekiranya tak ada power plug atau bateri habis, boleh ditukarkan ke kepala manual...

Antara kelebihan menggunakan pam jenis elektrik ialah:

1. Tangan tidak penat untuk mengepam secara manual dan masa lebih cepat
2. Boleh multi-tasking sambil mengepam (contoh: buat kerja di hadapan komputer sambil mengepam kerana hanya sebelah tangan sahaja perlu memegang pam)
3. Boleh menyusukan bayi sebelah, dan sebelah lagi mengepam (susu akan keluar lebih banyak kerana adanya stimulation daripada bayi)

Petal massage cushion yang direka untuk kedua-dua pam ini sangat membantu dalam proses mengepam kerana ianya tidak menyakitkan dan membuatkan ibu berasa selesa. Sekiranya ibu mengepam dalam keadaan yang tidak selesa dan menyakitkan, secara tidak langsung akan mengganggu penghasilan susu akibat stres.

Dari segi pengumpulan susu, lebih kurang saja kuantitinya antara pam elektrik dan manual (dalam tempoh yang lebih kurang sama). Dan untuk makluman anda, setiap ibu mengeluarkan hasil susu yang berbeza-beza. Jadi, jangan membandingkan susu yang anda kumpul dengan rakan anda. Yang penting, ibu-ibu semua dapat mengumpulkan susu badan untuk anak-anak yang tersayang, apatah lagi sekiranya ibu-ibu perlu bekerja atau berada jauh dari bayi.

Review Philips Avent Single Electric Breast Pump
http://fifitiez.blogspot.com/2012/11/review-avent-single-electric-breastpump.html

Di atas shaila telah haighlight beberapa ciri-ciri yang shaila kehendaki pada breast pump yang ingin shaila pilih.Shaila juga sertakan pengalaman ibu-ibu yang pernah menggunakanya. Shaila harap, shaila dapat membuat pilihan jenis pump apa yang shaila ingin beli kelak.

Sekian Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Logo KBBA

REVIEW : SUKA SUSU KAMBING COKELAT

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik. Susu juga membe...