• HOME
  • CONTACT ME
  • FOOD
  • TRAVEL
  • PRODUCT
  • LIFESTYLE
  • MY STORY
  • DISCLAIMER

Wednesday, January 22, 2014

Perancangan Majlis Pertunangan

Assallammualaikum


Hai semua apa khabar? okay hari ini shaila hendak cerita tentang pengalaman shaila dalam merancang Majlis Pertunangan. Biasalah setiap majlis harus ada perancangan yang teliti.Perancangan teliti bukan bermaksud kita hendak buat majlis kita gempak-gempak..ohhh tidak sama sekali tetapi hanya untuk membuat majlis itu berjalan dengan lancar. 

Sumber : Google

Sebelum membuat sesuatu majlis, amatlah penting untuk mengetahui berapa anggaran jumlah duit yang akan digunakan semasa majlis. Bila kita tahu anggaran yang akan digunakan barulah kita boleh simpan. Macam shaila sewaktu hendak tunang, shaila main kutu..kebetulan shaila dapat sebulan sebelum Majlis Pertunangan. Selain main kutu korang juga boleh juga simpan duit gaji tiap-tiap bulan


 korang juga kena tahu tema untuk majlis pertunangan korang. Jadi senanglah untuk membeli barang-barang untuk majlis pertunangan seperti baju, hantaran, pelamin, khemah dan lain-lain. Macam shaila, shaila pilih warna ungu sebagai tema untuk majlis pertunangan shaila.


Untuk hantaran pula, sebelum membeli hantaran, korang kena list dahulu berapa hantaran yang hendak di beri pada pihak lelaki mahupun perempuan. Kalau ikut adat melayu biasanye jumlah belah pihak mestilah dalam angka ganjil dan hantaran pihak perempuan mestilah melebihi hantaran daripada pihak lelaki.Macam shaila, hantaran shaila adalah 5 balas 7. Okay bila sudah tahu jumlah hantaran, barulah korang boleh beli barang-barang hantaran. Kalau tidak mahu terasa sangat keluar duit, korang boleh beli sikit-sikit.Jadi tidak terasa sangatlah duit itu mengalir....hihihi...selaunya hantaran ada separuh yang diy dan ada separuh tempah sahaja bergantung pada bajet masing-masing. macam shaila, shaila diy sahaja.Yang untungnya diy ini adalah dia akan berasa puas hati kerana memang mengikut citarasa yang kita ingin atau impikan.
.

Untuk pelamin atau mini pelamin. Kadang-kadang ada separuh majlis pertunangan tidak buat pelamin dan ada pula majlis pertunangan yang buat pelamin. Pelamin?? adakah mahu sewa atau diy sahaja? mana lagi jimat? kalau hendak tahu mana lagi jimat adalah korang perlu banding harga package pelamin dengan diy pelamin..Macam shaila, pelamin shaila buat sahaja.Kalau ambil package pelamin + baju dalam RM 350 ke atas itu belum masuk make up. Make up shaila servey dalam RM350 juga jadi untuk menjimatkan, shaila diy sahaja pelamin tunang shaila. Untuk pelamin shaila, modalnya tidak sampai RM 50 pun.Kebanyakkan perkakas yang shaila gunakan adalah dari rumah dan pinjam dengan saudara mara cuma beli tambahan hiasan sahaja seperti bunga dan tanglung. Manakala make up pula, memang rezeki shaila, shaila dapat RM 90 sahaja termasuk veil dan juga kerawang. Baju tunang shaila pula, shaila beli di jalan tar sahaja. Harga dia RM130. Jadi total semua adalah Pelamin + Make up + Baju sama dengan RM 270


 Untuk doorgift pula, korang boleh memilih samaada mahu diy atau beli. Macam shaila,shaila diy sendiri bunga telur untuk diberi pada para tetamu sebelah lelaki dan tetamu yang hadir. Antara doorgift yang boleh diberikan untuk para tetamu adalah tasbih, buku ayat kursi, potpouri, muffin dan lain2. Untuk doorgift ini,better servey banyak tempat, selain dapat banyak pilihan korang boleh bandingkan harganya.


Mengetahui jumlah tetamu yang akan datang amat penting kerana dari situ kita akan bajet untuk masak hidangan untuk para tetamu. Macam shaila, pihak lelaki telah memberitahu awal-awal untuk datang dalam 50 orang. Jadi, family shaila telah sediakan bajet makanan untuk 200 orang tetamu. shaila hanya sewa satu khemah untuk tetamu yang hadir. Untuk katering, korang boleh pilih samaada ambil package katering atau gotong royong. Macam shaila, family shaila pilih untuk gotong royong. Selain jimat dapat lagi mengeratkan silaturrahim antara saudara mara.


Akhir sekali adalah bab photographer dan videographer. Okay hire photographer juga penting bagi mengabadikan saat indah korang. untuk hire photographer dan videographer ini korang kena juga banyak servey yang paling best kalau dapat harga promotion memang agak murah tetapi hasil kerja mereka harus juga di titik berat. Shaila tidak hire photographer dan videographer memandangkan bajet hampir lari jadi hanya menggunakan camera dan selebihnya adalah camera phone, jadi gambar agak kurang kualiti dan gelap. Okay itulah dia pengalaman shaila semasa merancang majlis pertunangan.

Sekian Terima Kasih
Baca Selengkapnya >>>

Shopping Jam Tangan Di Zalora Malaysia

Assallammualaikum


Hai semua apa khabar? beberapa bulan yang yang lepas, amboi beberapa bulan itu, nampak sangat entry ini terbiar berhabuk..hahaha..okay, beberapa bulan yang lepas shaila dapat baucer daripada Zalora Malaysia. Shaila ada buat entry tentang kasut untuk hantaran, shaila ingatkan hendak pakai baucer itu untuk beli kasut hantaran tetapi shaila takut kalau tersalah pilih size kasut. Jadi shaila buat keputusan untuk membeli jam tangan sahaja kerana kebetulan masa itu jam tangan shaila pun dah nyawa-nyawa ikan.


Inilah jam yang shaila beli di zalora. Design dia simple sahaja. Harga pun bawah RM100. Ini merupakan pertama kali shaila membeli-belah di Zalora Malaysia . Jika ditanya tentang service mereka, apa yang dapat shaila cakap adalah service mereka  amat memuaskan hati. Shaila membuat pembayaran semasa penghantaran. Hari ini shaila order, tup-tup malam dapat masej esok pihak zalora akan membuat penghantaran..wahhh cepatkan..Hahaha...Okay sampai sini sahaja entry shaila kali ini..bye semua...jumpe lagi..

Sekian Terima kasih
Baca Selengkapnya >>>

Friday, January 10, 2014

Dapatkan baucer bernilai 15% dari Tudung2u

Assallammualaikum


Hai...apa khabar semua, okay hari ini shaila berbesar hati ingin memberitahu berita baik kepada semua pembaca blog shaila. Shaila ingin memberi voucher bernilai 15% dari Tudung2u kepada semua pembaca yang shaila sayangi dan kasihi.

Caranya adalah : 

1) Pergi ke laman web ini : http://www.tudung2u.com.my/

2) Semasa korang nak beli tu korang letak kod baucer ini :

ANU2013 

(sah sehingga 31 January 2014)

Antara tudung-tudung yang terdapat di http://www.tudung2u.com.my/ adalah seperti berikut :

Shawl Labuh




RM 20.00

Tudung Bawal

RM 25.00
RM 34.00
RM 38.00
RM 39.00

Shawl Half Moon









Yang shaila tunjuk diatas adalah separuh sahaja, banyak lagi pilihan yang cantik dan menarik terdapat di http://www.tudung2u.com.my/ .

Ulangan

Caranya adalah : 

1) Pergi ke laman web ini : http://www.tudung2u.com.my/

2) Semasa korang nak beli tu korang letak kod baucer ini :

ANU2013 

(sah sehingga 31 January 2014)

Kepada pembaca blog shaila, selamat bershopping yer (^_^)

Sekian Terima Kasih
Baca Selengkapnya >>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...