Pengalaman First Check up dan Buka Buku Pink di Klinik Kesihatan | Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger: Pengalaman First Check up dan Buka Buku Pink di Klinik Kesihatan

Pengalaman First Check up dan Buka Buku Pink di Klinik Kesihatan

Assallammualaikum

 Hai semua...apa khabar? di harap dalam keadaan sihat selalu. Okay entry shaila kali ini adalah berkenaan pengalaman shaila buka buku pink dan first check up di Klinik Kesihatan Paya Jaras.


Bila shaila tahu shaila hamil melalui Urine Pregnant Test  (UPT), shaila telah membuat first check up di Hospital Sungai Buloh.Kemudian, doktor telah mengesahkan shaila memang mengandung, pada masa itu kandungan shaila masuk 5 minggu. Selepas selesai check up, doktor mencadangkan shaila untuk membuka buku pink di Klinik Kesihatan berdekatan kawasan tempat tinggal. Memandang shaila duduk di Paya Jaras, jadi Klinik Kesihatan Paya Jaras adalah tempat shaila buka buku pink. Klinik kesihatan Paya Jaras ada 2 sesi, sesi pertama iaitu hari selasa untuk yang duduk di kawasan paya jaras manakala sesi kedua hari khamis yang duduk di kawasan bandar baru sungai buloh. jadi sesi shaila adalah pada hari selasa.

Pada hari selasa itu, shaila sampai di Klinik Kesihatan pada pukul 7.50 am, alangkah terkejutnya shaila tengok ramai yang telah beratur menunggu giliran dan no giliran shaila adalah no 55..hohoho..Sementara menunggu giliran, nurse di situ mengarah pada untuk yang baru membuka buku pink untuk mengambil UPT. Keadaan di dalam Klinik Kesihatan  sangat crowded sehingga suami tidak di benarkan duduk di dalam untuk memberi ruang pada ibu mengandung duduk. 

Selepas mengambil ujian UPT agak lebih 1 jam jugalah baru nama shaila dipanggil untuk mengisi buku pink. Selesai mengisi buku pink. Shaila terpaksa menunggu next ujian pula iaitu ujian darah. Yang kurang shaila gemar di situ adalah sistem giliran check up kerana mereka panggil ada yang mengikut giliran dan ada yang mengikut berapa sesi. Macam shaila first buka buku pink, jadi kena ikuti beberapa sesi jadi bayangkan orang nombor 88 telah di panggil dahulu manakala shaila nombor 55 masih menunggu giliran panggil.waaa...time itu rase nak balik..hendak menangis...semua ada dengan sakit pinggangnya sebab lama menunggu.Lebih kurang pukul 12 lebih ,baru nama shaila di panggil untuk mengambil ujian darah pula. Semasa nurse itu mengambil darah, dia ada menerangkan bahawa, mereka dahulukan pesakit kencing manis dan sesi check up yang sikit untuk mengelak tempat jadi crowded..tapi sakit pada yang datng banyak sesi lar sebab terpaksa tunggu lama untuk memberi peluang pada yang sesi sikit. Selepas ambil darah, setengah jam kemudian nama shaila di panggil untuk check up dengan nurse di situ...doktor bila perlu sahaja baru jumpa..kalau tidak hanya berjumpa dengan nurse sahaja. Selesai check kesihatan dan kandungan, nurse memberi next date check up dan mensarankan agar membuat scanning dahulu di klinik biasa untuk dibawa semasa next check up iaitu bulan depan kerana klinik Kesihatan ini tidak di sediakan peralatan untuk scanning baby. Selesai sahaja check up, keluar Klinik Kesihatan dengan perasaan fuhhhh..legaaaaaa...sambil shaila berfikir...haishhhhh macamana lar yer ibu-ibu yang buat check up di sini menghadapi situasi ini...shaila sendiri pun rasa tertekan tetapi demi baby....ku pasrah tempuhi..hohoho...okay sampai sini sahaja entry shaila...jumpa lagi di next entry...

Sekian  Terima Kasih

11 comments:

  1. Alhamdulillah.. TAHNIAH shaila. jaga bby tu bebaik :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum shaila... ehhh kita selalu check up adam kat sini.. heeee boleh jumpa... hihiiii shaila bagi no tel kat email sheilashahfiekry@gmail.com :)

    2nd dec ni sheila pergi check up adam ~~~

    ReplyDelete
  3. bestnya ada pengalaman pregnant..:)

    ReplyDelete
  4. kalau check up ke kk, biasanya mmg 2 jam ! CN dulu check up dkt kk taman ehsan, siap bwk buku latihan budak duk tanda ;)

    Jemput join segmen CN yer ..

    http://www.cekgunorazimah.com/2014/11/segmen-bloglist-januari-2015-by-cn.html

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum shaila...tahniah2 yer...:)

    ReplyDelete
  6. Tahniah shila...
    Assalam, terima kasih sudi keteratak bunda dan memahami situasi dan mendoakan kesihatan bunda...terharu sangat.

    Walaupun dalam mood istirehat bunda beransur singgah dan komen rambang keblog2 kalian...terima kasih sangat..

    ReplyDelete
  7. asslmkm shaila.. Allah.. mng stress pergi kkia tau. lama nak tunggu. kita checkup kedua dh start di kem. setengah jam dah settle.. lega sngt..

    ReplyDelete
  8. tahniah Shaila... Semoga Shaila dan baby sihat .. Take care :)

    ReplyDelete
  9. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete