''Tanggung jawab Suami Selepas Ijab Kabul, Saat Ijab Qabul terucap''

Assallammualaikum


”Saya terima nikahnya si.... binti si.... dengan mas kawinnya.....
di bayar tunai....”.

Singkat, padat dan jelas.Tapi tahukan makna “perjanjian atau ikrar” tersebut?

Itu tersurat.Tetapi apa pula yang tersirat?

Yang tersirat ialah :

Artinya: ”Maka aku tanggung dosa-dosanya si dia (perempuan yang ia jadikan isteri) dari ayah dan ibunya.Dosa apa saja yang telah dia lakukan.Dari tidak menutup aurat hingga ia meninggalkan solat.Semua yang berhubungan dengan si dia (perempuan yang ia jadikan isteri), aku tanggung dan bukan lagi orang tuanya yang menanggung. Serta akan aku tanggung semua dosa calon anak-anakku”.Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggungjawab,maka aku fasik,suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku kerana akhirnya isteri dan anak-anakku yang akan menarik aku masuk ke dalam Neraka Jahanam dan Malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku.Akad nikah ini bukan saja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala ".

Jika aku GAGAL (si Suami)?

”Maka aku adalah suami yang fasik,ingkar dan aku rela masuk neraka.Aku rela malaikat menyiksaku hingga hancur tubuhku”.(HR.Mu slim)

Tersentuh hati shaila membaca petikan di atas ini, sungguh besar dan berat tanggungjawab seorang suami.

Duhai para istri...

Begitu beratnya pengorbanan suamimu terhadapmu.Karana saat Ijab terucap, Arsy-Nya bergoncang karana beratnya perjanjian yang dibuat olehnya di depan ALLAH,dengan disaksikan para malaikat dan manusia.Maka andai saja kau menghisap darah dan nanah dari hidung suamimu,maka itupun belum cukup untuk menebus semua pengorbanan suami terhadapmu...

Semoga jadi untuk pengalaman yang sudah nikah mahupun yang belum...

Subhanallah.. beratnya beban yang di tanggung suami.Bukankah untuk meringankan tanggungjawabnya itu bererti seorang isteri harus patuh kepada suami, menjalankan perintah ALLAH dan menjauhi larangan-Nya? Juga mendidik anak-anak kita nanti agar mengerti tentang agama dan tanggung jawab.Semoga kita semua menjadi ibu bapa yang dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak kita kelak dengan agama dan cinta kasih sehingga tercipta keluarga kecil yang sakinah, mawaddah, dan warahmah. 

Aamin Yaa Rabbal'alaminn. ..

Sekian Terima Kasih

14 comments:

  1. Assalamualaikum shaila.. besar tanggungjawab seorang suami.. so isteri-isteri jangan sambil lewa buat dosa.. kesian suami, tak tertanggung nanti di akhirat sana... sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul itu..menjadi suami bukan hanya pada lafaz akad nikah sahaja..

      Delete
    2. Assalamualaikum shaila.. selamat pagi, sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

      Delete
  2. berdebar pulak nak menunggu saat itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh..mcm dah x lama lagi tu...hihihi

      Delete
  3. mendalam.. kena paham betul2 akad yang dilafaz tu..
    thx Shaila =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuppppp zaza..kita kena faham betul2 maksudnya..

      Delete
  4. teringat pulak malam kami diijabkabulkan...besar sungguh tanggajawab seorang suami, sebab tu la syurga seorang isteri dibawah telapak kaki suami dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurmmm..betul itu zura..syurga isteri dibawah tapak kaki suami..

      Delete
  5. besar tanggungjawab seorang suami ni, jadi pikullah dengan sebaiknya...

    ReplyDelete
  6. akad nikah nampk je simple.
    tapi bila dah lafaz mmg besar tanggungjawab selepas itu.

    ReplyDelete
  7. thanks atas perkongsian ni.sy akan selalu igt.harap2 dia pun selalu juga igt kan sy

    ReplyDelete

INFO TERKINI