Monday, January 6, 2014

Solat Kita Termasuk Golongan Yang Mana

Assallammualaikum



Daripada Abu Hurairah r.a, katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu.  Allah berfirman: 'Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain." (Hadis riwayat Tirmizi).  

Terdapat sembilan golongan manusia yang terlibat dengan ibadah solat. Di manakah kedudukan kita? Golongan tersebut adalah seperti berikut :    

Golongan 1 

Tidak mahu mengerjakan solat.(masih menyakini solat itu wajib ditunaikan)

Golongan ini telah melakukan dosa besar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Solat itu adalah tiang agama. Maka sesiapa yang mendirikannya , sesungguhnya ia menegakkan Agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya ia telah merobohkan Agamanya.”

Di dalam hadis yang lain Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud :
“ Bermula orang yang meninggalkan solat pada hal ia dalam keadaan sihat, maka Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat, dan baginya kelak azab yang amat hebat melainkan kalau ia bertaubat dari perbuatannya itu”

Iman Syafie menjatuhkan fasik kepada orang yang meninggalkan solat fardu dengan sengaja tetapi masih menganggap kewajipan fardu solat. Tetapi sekiranya dia menganggap bahawa solat tidak wajib keatas dirinya dia jatuh kufur, nauzubillahiminzalik.

Golongan 2

Orang yang mengerjakan solat secara zahir sahaja dan tidak ada ilmu.

Solat yang ditunaikan tidak sempurna kerana bacaan pun masih tidak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Tidak ada ilmu bab solat dan tidak mahu menuntut ilmu. Golongan ini berdosa besar dan fasik kerana melakukan solat dalam keadaan jahil dan tidak mahu menuntut ilmu dan solatnya tidak sah kerana tidak mengikut rukun dan syarat sah solat.

Golongan  3

Orang yang mengerjakan solat bahkan tahu  ilmu mengenai solat, tetapi tidak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat.  

Golongan ini mengerjakan solat bermusim. Jadi ada masa dia akan solat (jika lapang) tetapi jika sebuk dengan urusan pejabat , ada masyuarat, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka dia tidak solat. Orang seperti ini akan  jatuh fasik. Golongan ini akan memasuki neraka Wail jika mati tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT kerana lalai dalam mengerjakan solat.

Golongan  4

Orang yang sembahyang, ada ilmu solat, fasih bacaannya (tetapi tidak memahami maksud setiap bacaan), tetapi solatnya tidak khusyuk .

Ketika solat  fikirannya tertumpu kepada urusan dunia yang tidak berkesudahan dan alam sekelilingnya, solatnya tidak memberi kesan langsung terhadap hubungan hati dengan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya" (Surah al-Maun ayat 4-5)

Dalam ayat-ayat ini Allah mengungkapkan satu ancaman iaitu celakalah orang-orang yang mengerjakan solat dengan tubuh dan lidahnya tidak sampai ke hatinya. Dia lalai tidak menyadari apa yang diucapkan lidahnya dan yang dikerjakannya oleh sendi anggotanya. Ia rukuk dan sujud dalam keadaan lengah, ia mengucapkan takbir tetapi tidak menyadari apa yang diucapkannya. Semua itu adalah hanya gerak biasa dan kata-kata hafalan semata-mata yang tidak mempengaruhi apa-apa, tidak ubahnya seperti robot. Ulama menafsirkan bahawa lalai semasa solat (tidak khusyuk) juga akan dimasukkan kedalam neraka Wail melainkan dia bertaubat kepada Allah SWT dan cuba sedaya upaya untuk mendapat khusyuk semasa menunaikan solat.

Golongan 5

Golongan yang mengerjakan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solatnya seperti fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tidak dihayati dalam solat itu.

Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, setakat faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ' awamul muslimin'.  

Golongan 6

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam solatnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam solatnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah SWT secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam solatnya. Begitulah sehingga selesai solat. Ia merintih dan tidak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua.  

Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa).

Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah SWT, mana yang lalai itu moga-moga Allah SWT ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai solatnya itu. Ertinya solatnya tiada memberi kesan apa-apa. Allah SWT belum lagi cinta orang ini.

Golongan 7

Golongan yang mengerjakan solat yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam solatnya.

Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar solat itu tidak mempengaruhi solatnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah SWT didalam solatnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.

Golongan 8

Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit lebih khusyuk dan menghayati dalam solatnya.

Golongan ini bukan saja faham, dan tidak mengingati dunia didalam solatnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan solatnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tidak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah SWT dapat dirasai pada gerak dalam solatnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )

Golongan 9

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Solat dengan penuh khusyuk

Golongan ini bukan saja ibadah solat itu dijiwai didalam solat malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia solat, kerana ia yakin solat punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan solat. Solatnya telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti solat Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan solat dulu, maka didalam solat itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan solat. Makin banyak solat makin lazat, solatlah cara ia hendak lepaskan kerinduan dengan Tuhannya.  

Dalam solatlah cara ia hendak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang hendak jadi disekelilingnya langsung tidak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya.  

Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

Sekian Terima Kasih

6 comments:

  1. huhu , tak tau nak level camner , syuk tau baca tapi tak peka pengertian ..

    ReplyDelete
  2. tq shaila..entri shaila sllu mengingatkan sy :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum shaila. subhanallah. thanks sharing ilmu. in shaa Allah, sama2 kita menjadi manusia dalam golongan yang tidak merugikan diri di dunia dan akhirat. mudah-mudahan :)

    ReplyDelete
  4. banyak lagi yg harus diperbaiki dlm mengerjakan solat nih

    ReplyDelete
  5. subhanallah..
    Mana satu solat kita ye.

    ReplyDelete

INFO TERKINI