Happy Anniversary "SecretOfShaila" | Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger: Happy Anniversary "SecretOfShaila"

Happy Anniversary "SecretOfShaila"



Masa sekarang berlalu terlalu pantas, sedar tidak sedar sudah setahun shaila aktif dalam dunia blogging. Waa...macam tidak percaya pula. Ingat lagi permulaan shaila blogging semasa masih menuntut di UITM shah Alam, masa itu tidak tahu sikit pun pasal dunia blogging ini. Masa itu tertanya-tanya kenapa orang tidak datang membaca, mesti blog shaila tidak menarik, terasa macam cakap sorang-sorang pun ada juga. Kemudian shaila berhenti kerana tidak ada orang pun melawat blog shaila dan shaila rasa bosan kerana tiada sesuatu yang menarik dalam dunia blogging ini....cehhhh...ayat bajet sedihkan...hahaha...kemudian shaila mula aktif kembali pada tahun 2012 , itupun selepas shaila break up, masa itulah shaila mula memepelajari selok belok dunia blogging, macamana nak tarik minat pembaca, macamana hendak buat orang datang blog kita.Tetapi malangnya, blog shaila kena hack, masa itu tidak silap blog shaila sudah ada 500 follower, Ya Allah time itu sedih sangat-sangat kerana shaila terpaksa tutup blog itu kemudian buka blog baru.Blog lama shaila diberi nama secret of us. kemudian 22/12/2012 shaila mula membina blog baru diberi nama Secret Of Shaila, dari situ shaila bermula dari bawah kembali hinggalah ke tahap sekarang...Alhamdulillah..

Happy Anniversary "SecretOfShaila" I'm proud of you.

Sekian terima Kasih

6 comments:

INFO TERKINI