Bride-To-Be Blogger Contest | Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger: Bride-To-Be Blogger Contest

Bride-To-Be Blogger Contest

Assallammualaikum

Belaian kemesraan dan kasih sayang merupakan gejolak rasa yang menyatu dalam jiwa pasangan yang bercinta. Kerinduan sentuhan dan cinta asmara merupakan impian yang akan melahirkan kedamaian dan ketenteraman lahir dan batin dalam sanubari pasangan suami isteri. Kecenderungan fitrah insaniah menjadikan rumahtangga bertambah berseri akhirnya membuahkan mahligai impian dalam khazanah cinta yang membara. Hai...semua...Kepada blogger-blogger yang bakal menamatkan zaman bujang, jom masuk contest yang dianjurkan oleh Red Ribbon wedding works. Bunyi macam menarikkan... Jom sama-sama kita mencuba nasib, mana tahu murah rezekikan..haaaa...dapat jadi pemenang contest ini..Amin...

.

Click BANNER untuk join (^_~)


"Ada 3 pasang couple Mr and Mrs cushion cover dan 1 payung lace cantik untuk dimenangi"

Red Ribbon Wedding Works

Perkahwinan yang murni mengandungi formula kesetiaan antara dua insan untuk melanjutkan sunnah dan mengisi fitrah yang dianugerahkan Allah. Ikrar cinta kasih dengan cara pernikahan merupakan kerelaan dua insan untuk melayari bahtera rumahtangga menuju kenikmatan tanpa tepi. Memahami seni nafkah batin sesuai dengan kehendak dan ajaran Islam menjadikan perkahwinan sebagai ibadah yang memiliki pahala tidak terhingga. Okay, Shaila hendak cerita serba sedikit tentang perkhidmatan yang disediakan oleh Red Ribbon Wedding Works adalah butik yang menyediakan pelbagai kelengkapan dan juga perkhidmatan untuk para bakal pengantin. Antara perkhidmatan  yang disediakan oleh mereka untuk para bakal pengantin atau bride-to-be di luar sana adalah seperti berikut :

Perkhidmatan Untuk Majlis Perkahwinan, Pertunangan Dan Cukur Jambul


Wedding Package 2013-2014
GALERI BAJU PENGANTIN

 
Red Ribbon wedding works juga menawarkan pelbagai jenis rekaan baju pengantin untuk para bakal pengantin. Baju-baju pengantin yang terdapat di Red Ribbon Wedding Works ini memang cantik dan unik . Sungguh sesuai  digayakan oleh para bakal-bakal pengantin untuk tampil lebih cantik dan menawan di hari bahagia . Salah satu contoh shaila ambil adalah seperti di bawah:

Cantikkan !!! korang semua mesti tahukan sebab apa shaila pilih design baju ini sebagai salah satu contoh?? mestilah sebab baju ini warna pink!! selain itu shaila berkenan dengan design dia nampak simple tapi cantik dan sweet sahaja. Buat pengetahuan semua, antara baju-baju pengantin yang terdapat di Red Ribbon Wedding Works ini untuk disewa dan ada beberapa untuk dijual juga.

Pakej Tunang Dan Mini Pelamin


Wedding Decoration & Pelamin

Selain itu, Red Ribbon Wedding Works juga menyediakan perkhidmatan pelamin untuk majlis pertunangan dan juga perkahwinan. Shaila sudah lihat beberapa pelamin yang dihasilkan oleh mereka memang cantik,.salah satu contohnya adalah seperti diatas...Oppps!!! pink lagi, hahaha...(@_@)
Pelamin Paddle Pop Moroccan + adjustment

Buaian Berendoi


Red Ribbon Wedding Works juga menyediakan perkhidmatan untuk majlis cukur jambul atau buaian berendoi. So kepada sesiapa yang hendak buat majlis cukur jambul, bolehlah menggunakan perkhidmatan mereka.

Photobooth


haaa...kepada yang suka ambil gambar ala-ala comel gitu, Photobooth juga disediakan dengan pelbagai dekorasi booth yang cantik, kreatif dan comel.


Pelamin/Photobooth "Rose Garden"


Photobooth Vintage Rustic (1)

JUAL Aksesoris Pengantin
Kepada B2B yang masih tercari-cari veil dan crown untuk majlis pernikahan dan persandingan korang, hah!! disini juga ada menjual viel dan juga crown tau, harga pun tidak sampai RM100.00. Korang boleh lihat beberapa contoh shaila ambil dari Fan Page FB mereka seperti gambar di bawah ini :

okay yang ini baru sebahagian tau, ada banyak lagi aksesori yang mereka jual. Korang boleh pergi Fan Page FB mereka untuk melihat lebih banyak aksesori yang mereka jual.

Gaun Pengantin


 Bridesmaid & Dinner Dresses


Selain itu, Baju untuk para bridemaid juga disediakan oleh Red Ribbon Wedding Works dengan rekaan yang cantik dan ala-ala barat gitu.

Sewa Barang Kahwin



Mereka juga menjual dan menyewakan barang prop untuk hiasan di hari pernikahan dan juga persandingan seperti payung, bantal, dekorasi bunga dan sebagainya. Selain itu, custumes, make up dan photography turut juga disediakan kepada bakal pengantin.Wahhh serba serbi lengkap perkhidmatan yang mereka tawarkan. Semuanya tersedia di  Red Ribbon Wedding Works

Perkhidmatan Lain

Fesyen Wanita: Dresses and Hijabs



Red Ribbon Wedding Works menyediakan perkhidmatan pakej full ground tour ke Bandung yang sangat jimat. Siapa yang hendak jimat duit kos hotel, boleh duduk dekat homestay dan mendapatkan perkhidmatan transport sekali dari Red Ribbon Wedding Works.

Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah menghubungi mereka seperti dibawah :


Sekian Terima Kasih

8 comments:

INFO TERKINI