Tuesday, November 19, 2013

Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013) - Pelajar Malaysia meninggal di Turki

Assallammualaikum



Video ini disediakan untuk memaparkan perjalanan hidup Sehidimiz Ahmad Ammar yang telah pergi bertemu Rabbul Jalal pada 2 November 2013 akibat daripada kemalangan di Istanbul, Turki.

Siapakah Ahmad Ammar Ahmad Azam?

kebelakangan ini, video berkaitan Ammar banyak dikongsikan di laman-laman sosial. Namun ketika cerita dan video tentang dirinya berlegar, Ammar yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya sudah kembali ke Rahmatullah, 2 November lalu di sana.

Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.

Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur. Sedangkan Ammar, cuma salah seorang penuntut Malaysia yang berada di sana.
Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat mahu mati syahid.

Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya perlu gugur di medan perang. Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi.

P/s: Ya Allah...tersentuh hati mendengar kisah beliau...semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..amin...

sumber : My Forum dan GPTD

Sekian Terima Kasih

21 comments:

  1. mendengar kisahnya tanpa sedar gugur air mata... kagum dengan kebesaran Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul utu farhana..kisah beliau boleh membuat sesiapa yang mendengarnya menangis..

      Delete
  2. Tadi baru tengok dekat blog lain..sebak bila tengok sampai abis..pemuda malaysia..jemaah sana sampai kejar kejar nak usung jenazah beliau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul itu risha...sedih melihat dan menonton kisah beliau.

      Delete
  3. ramai yg x mengenali beliau,
    termasuk shark,
    bila ramai dh share baru tahu siapa dia,
    semoga beliau ditempatkan bersama orang yang beriman.
    amin.

    ReplyDelete
  4. Suka sangat dengar kisah Ammar. Terima kasih untuk perkongsian yang menarik. 😊

    ReplyDelete
  5. al fatihah ,acik baru tahu tentang kisah ini ..semoga dia di tempatkan di kalangan orang yang beriman

    ReplyDelete
  6. mlm td tgk gmbr jenazah dia..tenang dan bersih... aduhai sedih nya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah..wajah beliau mmg nampak tenang..membuat kita rasa terpegun seketika..

      Delete
  7. Tahniah utk almarhum Ammar. Semoga Allah mmberi ganjaran kepadanya. Amin..

    ReplyDelete
  8. Macamana nak tahu kisah kemalangannya ya?

    ReplyDelete
  9. Macamana nak tahu kisah kemalangannya ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari apa yang sy tahu..beliau meninggal kerana dilanggar ambulance sewaktu melintas jalan..

      Delete
  10. Dia telah membuka mata & jiwa kita semua yg membuatkan kita semua terfikir apa sumbangan kita pd dunia utk mendapatkan secebis rahmatNya di akhirat nanti? T_T

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

INFO TERKINI