MEDIHEAL White Hydrating Charcoal Mask Review By CathyJoy.com

Assallammualaikum



Hai semua...apa khabar? sihat? okay tanpa membuang masa, hari ini shaila hendak buat review tentang produk MEDIHEAL White Hydrating Charcoal Mask Review By CathyJoy.com . Apa yang istimewa tentang produk ini adalah topeng ini adalah dari arang aktif yang mengandungi castor oil semulajadi dan ekstrak buah-buahan untuk mencerahkan kulit dan membuang toksin yang ada pada lapisan kulit. Apabila kulit kita terdedah dengan persekitaran yang yang berdebu dan kotor, boleh menyebabkan liang pori kita tersumbat dan kulit menjadi kusam. MEDIHEAL White Hydrating Charcoal Mask mampu membersih, menyegarkan dan mencerahkan kulit anda.

Arahan Penggunaan:

1. Selepas membersihkan muka, letakkan toner pada kulit anda, kemudian ambil mask dan letakkan pada muka.Sambil itu bela-belalah topeng ini sikit bagi betul-betul terletak pada tempat sepatutnya.
2. Biarkan seketika selama 10 ~ 20 minit dan dan tanggalkan topeng
3. Kemudian biarkan seketika sambil menepuk-nepuk muka macam pakai toner itu dan bilaslah dengan air bersih.

My Testimoni


1- Produk ini senang dipakai.
2- Yang paling shaila suka adalah, bau dia sangat-sangat wangi dan mampu membuat kita rasa tenang sahaja.Serius tidak tipu.
3- Rasa sejuk sahaja semasa pakai.
4- Bila buka, serius muka nampak segar, tidak kusam dan lembut sahaja.Seperti gambar di atas muka shaila selepas pakai MEDIHEAL White Hydrating Charcoal Mask tanpa sebarang make up.



Harga:

RM 10.90

Jika Berminat, bolehlah beli disini :


Sekian Terima Kasih

20 comments:

  1. best pakai masker.. tp zara blom perna try produk lain.. slalu pakai produk garnier jerr.. hikhik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh..yeke...boleh sahaja cuba produk ini,mana tau jatuh cinta pula...hihihi..

      Delete
  2. wah nampak berseri2 je muka lepaas pakai...
    ╔════════════════════════╗
    ║                                                      ║
    ║ My Blog ► http://abgdude.com/blog ║
    ║                                                      ║
    ╚════════════════════════╝

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks en Khai...hahaha...en.khai pun boleh pakai..^^

      Delete
  3. Replies
    1. a'ah aiza...harganya mampu di miliki...^^

      Delete
  4. assalamualaikum noor....bestnya bermask ni kan...sesekali buat mmg best rasa segar lepas dah siap...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp..tambah kalau tengah stress sesuai pakai mask nie...sebab bau dia buat kita rase tenang..^^

      Delete
  5. wahh boleh cuba nie ..dah lama tak pakai mask

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp...acik boleh cuba dikala stresss...^^

      Delete
  6. anis pernah gak try charcoal mask, tapi brand lain lah, tapi charcoal mask memang best! Dia buang segala kotoran and at the same time kulit lebih cerah. Ada rezeki nak cuba gak la mask brand ni. nice sharing dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmmm..betul tue Anis memang best pun..tersa sedap sahaja pakainya..haruslah cuba..sebab bau dia sangat-sangat wangi tau...tenang sahaja rasa..^^

      Delete
  7. mmng x prnah cube pki mask...blh la try nnti...harge pn mmpu milik...^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup ct harus cuba...harga dia pun boleh tahanlah...hihihi

      Delete
  8. pernah jugak pakai produk dari cathyjoy nie

    ReplyDelete

INFO TERKINI