Kasut Untuk Hantaran

Assallammualaikum

Hai semua apa khabar? Okay sekarang shaila hendak cerita tentan misi mencari kasut hantaran.Okay cerita begini, hari itu shaila pergi makan dekat old town white café, sementara shaila menanti makanan sampai, shaila berjalan-jalan dengan kawan shaila dekat deretan kedai berhampiran old town white café itu. Jalan punya jalan, kemudian "termasuk" satu kedai kasut itu. Kasut dekat situ memang cantik-cantik tetapi shaila lupalah pulak tengok nama kedai  itu…huhuhu…ini kes main masuk sahaja.Okay sambung balik, tiba-tiba shaila terperasan satu kasut yang memang sangat cantik dan sesuai untuk dijadikan salah satu barang hantaran. Harga kasut itu RM 79.90, tetapi malangnya size shaila sudah habis dan kasut itu juga tiada stok..Fuhhhh…frust di situ.Kemudian, Shaila ada juga tengok beberapa web online kasut, salah satunya adalah di Zalora Malaysia . Dalam web ini ada beberapa design kasut yang shaila tengok  macam sesuai sahaja dijadikan sebagai barang hantaran belah perempuan. Contoh design kasut yang shaila berkenan adalah seperti dibawah:


Passion


Nose


Sidewalk


Choc’o’latte


Vincci

Buat pengetahuan semua, harga untuk kasut-kasut diatas adalah bawah RM100.00 kerana memang bajet shaila untuk kasut hantaran adalah bawah RM100.00 . RM100.00 ?? apa pendapat korang RM100.00 itu murah ke mahal tetapi dengar macam murah sahajakan atau dalam bahasa englishnya adalah low bajet. Hakikatnya lebih baik low bajet dari membazir. Hendak kahwin ini bukan akan pakai duit semasa persiapan majlis perkahwinan sahaja tau tetapi selepas itu dan akan datang juga banyak pakai duit JADi selagi boleh bajet kita bajet yer.kalau kita pandai cari, sebenarnya dengan RM100.00 kita sudah boleh dapat kasut yang cantik dan berjenama seperti NOSE, PASSION dan sebagainya. Selain design diatas sebenarnya banyak lagi design kasut-kasut yang cantik  dan kasut yang menjadi perhatian shaila adalah nose warna silver glitter dan Sidewalk warna coklat cair itu .Jenama  Choc’o’latte itu pun shaila suka sebab warna PINK!!!...hahaha...Okaylah sampai sini sahaja entri shaila…jumpa lagi…daaa…

Sekian Terima Kasih

26 comments:

  1. passion yang ada riben tu lawa ^_^

    ReplyDelete
  2. passion warna merah tu lawa, sidewalk beige colour pun akak suka, choc 'o' latte dua2 suka...ha ha ha... mesti tak membantu ni, sebab akak memang gila kasut sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kalau tgk semua cantik..xtau nak pilih mana..hee

      Delete
  3. cantik-cantik kasut ni, geramnnya mama... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah mummy..mmg cantik pun...rambg mata tgk..^^

      Delete
  4. Idup Kasut ^_^ 500rm pon takpe.. Janji puas ati.. tak gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woooo..memandgkan taraf hidup sudah semakin tggi maka kita haruslah berjimat cermat..tmbh untuk golongan berpendapatan rendah mcm sy..(^_^)

      Delete
  5. whoaa, kalau nak menarik pilih pakai hati. jgn kira budget . asalkan sesuai. hehe
    btw whoaaa nak tunang dah ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haruslah bajet syuk..tambah hendak kawen..kite kena mengutamakan apa yang pentg dahulu... (^_^)

      Delete
  6. Shaila dah pilih ke kasut mana?? Semua kasut tu cantik-cantik belaka..Hantaran buat sendiri ke upah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. maybe jenama nose kot...hihihi..hantaran buat sendiri sahaja..^^

      Delete
  7. Salam perkenalan...

    jemput visit and follow me back :)
    http://wwweffafarhana.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. cantik jugak design2 dia...
    ╔════════════════════════╗

    ║ My Blog ► http://abgdude.com/blog

    ╚════════════════════════╝

    ReplyDelete
    Replies
    1. yuppp...cantik sangat...sampai suah buat pilihan..^^

      Delete
  9. Semuanya pun cantik2, tapi ikut hati bunda lebih suka yang merah dan biru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal bunda...a'ah color itu pun cantik juga..^^

      Delete
  10. suke yang pink tu...cantik^___^

    ReplyDelete

INFO TERKINI