Thursday, October 3, 2013

Aurat seorang wanita dengan lelaki ajnabi dan mahram dalam ahli keluarganya

Assallammualaikum


Firman Allah SWT dalam surah Al-Nur ayat 31 maksudnya ialah:
"Katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudungnya ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung".

Siapa yang boleh tengok aurat kita berdasarkan ayat 31 Surah an-Nur kat atas tu. Mereka ialah:

*Suami
*Ayah kandung
*Ayah mertua
*Anak-anak lelaki kandung
*Anak-anak lelaki tiri
*Abang atau adik lelaki
*Anak-anak saudara yang lelaki 
*Wanita-wanita Islam
*Pembantu yang dimiliki
*Pembantu-pembantu lelaki yang tiada nafsu lagi.
*Kanak-kanak yang belum mengerti pasal aurat. (Kalau dia tahu beza, wajib tutup aurat).

IPAR-DUAI
Kalau ada abang ipar atau adik ipar lelaki, kita WAJIB TUTUP AURAT.

SEPUPU-SEPAPAT
Bila ada keluarga sudah pasti kita ada sepupu di sebelah mak dan di sebelah ayah. Lelaki dan perempuan. Bagi kita yang perempuan ni, sepupu lelaki adalah off-limits. Mereka itu adalah ajnabi yang sah nikah dengan kita. Jadi bila berada di kalangan mereka kita kena tutup aurat sebaik-baiknya 
haram bersentuhan seperti bersalaman, berpelukan dan seumpamanya walaupun kita sudah kenal mesra sejak kecil lagi.
KECUALI jika sepupu kita itu adalah anak susuan ibu kita. Jika begitu mereka juga adalah ibarat adik-beradik sendiri dan boleh melihat aurat kita.

BAPA SAUDARA SABIT

Iaitu suami kepada mak saudara kita sama ada sebelah ibu atau sebelah ayah. Dia juga bukan mahram kita. Jadi aurat tetap kena jaga dengan sempurna. Rambut kita dia tak boleh lihat. Tubuh badan kita juga sejak kita akil baligh, mestilah dilindungi dengan pakaian menutup aurat dari pandangannya.

TAPI, jika kita ni anak susuan mak saudara kita tu, maka bapa saudara sabit tadi telah menjadi bapa susuan kita. Hukumnya kini, dia seperti bapa kandung kita.

Sekian Terima Kasih

23 comments:

  1. Assalamualaikum awak. thanks sharing this. sheila dulu selalu konfius, tapi alhamdullilah. lepas kawin, lebih menjaga aurat dengan lelaki. insyallah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam sheila...shaila pun dulu tidak tahu juga...bila dah tahu...nie share dengan semua...^^

      Delete
  2. Good sharing.. kadang2 kita sering lupa ttg aurat ni lagi2 dengan adik2 ipar..subhanallah ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul itu cikgu,sama sahaja dengan shaila..^^

      Delete
  3. Nice sharing. Almost xtau pasal aurat kita dengan bapa saudara sabit dan sepupu sepapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. shaila pun dulu begitu juga...hinggalah jumpe graf rajah ini..^^

      Delete
  4. rasa nak lekat besar-besar pasal aurat di kampung. sebab selalunya bila pulang ke kampung, semua org mungkin lupa ataupun 'tak tahu' pasal benda ni. bila kita amalkan, ada yg tak tahu boleh jadi salah faham pula.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan senang hendak buat orang terima apa yang kita buat...tp xpe just tanamkan didalam hati niena buat semua ini kerana Allah...yang dapat pahala pun niena juga..^^

      Delete
  5. thanks for the sharing shaila. yup, memang banyak yang tak tau lagi setelah melihatkan entry shaila ni. thanks again..(^_^)

    ReplyDelete
  6. ramai yg amek mudah bab ni kan ^_^

    ReplyDelete
  7. bagus perkongisian ni.apa pun hati tu kene jaga.maklumlahhh nafsu kan bukan kire mahram ke tidak...yg dia tau nk haram2 jer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..betul cakap haris itu...shaila setuju..^^

      Delete
  8. Terima kasih atas perkongsian ini. Ramai wanita terlepas pandang kepentingan aurat nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. shaila juga dulu terlepas pandang juga tentang batas2 aurat ini...^^

      Delete
  9. Nice sharing Shaila.. Thank you :-)

    ReplyDelete
  10. ok..
    take note.
    baru tahu info nie.
    thanx for sharing.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum . . Saya suke perkongsian ini . . Ramai yag keliru bila berkaitan dengan keluarga . . Terima kasih ats maklumat . . Izinkan saya share . .

    ReplyDelete

INFO TERKINI