Safi Rania Gold | Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger: Safi Rania Gold

Safi Rania Gold

Assallammualaikum

Hai semua apa khabar?okay hari ini shaila hendak buat review sikit tentang produk safi.Okay produk yang shaila hendak review adalah safi rania gold.


Shaila pakai peruduk ini selama 5 bulan...apa yang shaila nampak selama shaila pakai produk ini adalah:

1.Jerawat berkurangan..maknanya dapat control adalah jumlah jerawat tidak keluar terlalu banyak.
2. Kulit menjadi tegang
3. Kulit menjadi lembut dan halus
4. Pori-pori mengecil
5.Lingkaran gelap bawah mata semakin berkurang
6.Garis-garis halus juga semakin berkurangan

Kekuranganya:
1. Tidak dapat memudarkan jeragat
2. Cream siang membuat muka berminyak

Terbaik:

Shaila paling suka cream kecantikan safi...kerana krim muka ini menaikkan seri wajah kita.Selain itu juga cream ini kurang berminyak.Selain itu juga boleh dijadikan sebagai foundation..see 2 in 1 lagi tuu..^^ dan produk ini juga bau die sangat wangi..^^

Details Produk shaila Guna:

1.Pembersih Wajah
  • Membersih debu, kotoran dan sisa mekap.
  • Melembut dan menghaluskan kulit dengan khasiat minyak Avokado.
  • Meremajakan kulit.
2. Scrub Wajah
  • Berbeza dengan yang lain, skrub ini lembut membersih untuk mengeluarkan kotoran dan sebum yang terperangkap di dalam pori-pori tanpa menghakis kelembapan semula jadi kulit.
  • Menanggalkan sel-sel kulit mati bagi menyerlahkan kulit baharu yang lebih berseri.
  • Sesuai digunakan 2 – 3 kali seminggu
3.Penyegar
  • Rumusan berasaskan air dan bebas alkohol yang mengembalikan kesegaran wajah.
  • Menganjal, mengecilkan pori-pori dan menghaluskan kulit wajah dengan ekstrak air mawar.
4.Serum
  • Tekstur tidak berminyak yang menyerap pantas dan jauh ke dalam sel-sel kulit.
  • Merawat sel-sel kulit dari dalam di samping meningkatkan penghasilan kolagen.
  • Membantu menyamaratakan tona kulit.
5. Krim Pelembap Siang SPF 20
  • Melindungi dari sinar UVA dan UVB berbahaya.
  • Melembap dan membekalkan nutrien secukupnya untuk kulit.
  • Melembut, menghalus dan menganjalkan kulit.
6. Krim Pelembap Malam
  • Krim berasaskan gel yang menyerap pantas ke dalam kulit.
  • Menggalakkan pemulihan sel-sel kulit yang aktif di waktu malam dan menghalang kemunculan tanda-tanda awal penuaan.
  • Menghidratkan kulit dari dalam lalu menampilkan kulit wajah berseri keesokan hari.
7. Krim Mata
  • Rawatan khusus untuk sekitar mata yang sensitif.
  • Menghalang kemunculan tanda awal penuaan di sekitar mata seperti garis-garis halus dan bebayang gelap.
  • Menganjal dan memberi kesegaran pada kulit sekitar mata.
8. Krim Kecantikan
  • Menyamar noda di wajah di samping menyamaratakan tona kulit.
  • Membekalkan pelbagai nutrien untuk kulit wajah sepanjang hari.
  • Sesuai sebagai asas solekan agar keserian wajah lebih terserlah.
Semua produk diatas shaila beli dalam set..sebab kalau beli dalam bentuk set murah sikit berbanding beli satu demi satu.tetapi tidak semua dalam set.

Sekian Terima Kasih

23 comments:

  1. Memang produk safi Rania Gold terbaik.. Kak Erin pun guna jugak set ni.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..yeke...wahhh patut lar kulit cantik..hihihi..^^

      Delete
  2. bila baca kat sini macam beshh jer produk ni .. ^_^

    ReplyDelete
  3. wahh.. terbaik. boleh la join pgram ratu kt tv tu.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak..xlayak lar...amilia...hahaha..^^

      Delete
  4. akak pakai safi jugak since dari sekolah...pakai yg cream muka...bekas penutup kaler hijau tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg tidak dinafikan cream safi colour hijau, itu ramai yg menggunakanya..^^

      Delete
  5. belum pernah cuba lg.. inshaAllah will try ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kulit tiada masaalah better jangan tukar2 produk..^^

      Delete
  6. tingin nak tukar produk safi bila produk olay selalu miss kat pasaran. tapi muka x sesuai pula dgn produk lain..kecuali olay je..

    ReplyDelete
  7. trus terbayangkan cik ta.. hihihhi

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dah 4 tahun guna produk nieh..

    ReplyDelete
  9. Boleh tanya kalau umur 25thn mcm saya nie blh pakai Serum safi rania gold tue ke?

    ReplyDelete
  10. nak tanya boleh, produk ni memang tak boleh mengurangkan jeragat ke?

    ReplyDelete
  11. Fatin pun pernah guna safi rania ni . walaupun baru 20-an , tapi sebab terpengaruh dgn kawan-kawan yang pernah guna produk ni, sebab tu decide untuk cuba. tapi sekarang dah berhenti, sebab muka jadi makin berminyak . huhu. jemput singgah ke blog Fatin ye
    http://dreaminglovers.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. saya pun pennguna safi rania..best..

    jom ke blog saya..

    ReplyDelete

INFO TERKINI