Bercuti di Teluk Batik

Assallammualaikum


hai..semua...okay kali ini hendak cerita tentang percutian shaila sekeluarga serta anak-anak buah.Okay pada hari ahad yang lepas, shaila pergi bercuti ke Teluk Batik. Kan hari isnin cuti sempena cuti 1 Malaysia...jadi shaila gerak pagi ahad... percutian ini tidak dirancang pun, tiba-tiba hari selasa sebelum pergi bercuti,abah shaila telefon suruh cari tepat penginapan di Teluk Batik..fuhhh..nasib masih ada kosong, kalau tidak memang tidaklah kami pergi bercuti.ohhh abaikan muke anak buah shaila itu...anak buah shaila itu memang suke buat mimik muka yang bajet comel macam itu...hahaha


Semasa singgah minum pagi..shaila terjumpe pulak dengan kucing yang bajet handsome ini...so apa lagi...ambil gambar lar...mesti masa ni kucing itu berasa banggakan sebab ada peminat ambil gambar dengan dia...muahahaha


Haaa...inilah tempat shaila menginap, nama chalet ini adalah chalet impian.okay lar chalet ini lagipun dekat dengan pantai jadi bila-bila boleh pergi mandi..harga chalet di belakang shaila ini adalah rm 120...sebenarnya shaila dapat dorm,tapi  lupa pulak nak pick gambar dorm itu..harga dorm itu sebenarnya rm 180.00 tetapi tuan punya dorm itu baik hati dia bagilah diakaun.Dalam dorm itu ada 4 katil berkembar dan satu bilik air...jadi kitaorang memang tidak ada masaalah untuk berebut tempat tidur sebab berlebih-lebih sudah.


Chalet Impian


Tara!!.. shaila jumpa obor-obor yang sangat besar semasa jalan-jalan dengan anak buah dekat tepi pantai.Sebenarnya motif kitaorang hendak pergi beli ais batu,entah macamana teruja sangat nampak pantai jadi shaila ajak lar anak buah jalan-jalan dekat pantai dahulu.


Cuba teka shaila pegang ke tidak obor-obor itu...haaa..korang tahu tak selepas shaila dan anak buah bergambar dengan obor-obor itu terus ramai orang datang dekat kitaorang untuk tengok obor-obor itu..wahhh...shaila telah menyebabkan obor-obor itu popular...hahaha...Rupanya ramai yang tidak perasan obor-obor itu tersadai disitu. kemudian petang itu shaila datang balik untuk tengok obor-obor itu,tapi dah tiada...melepas anak buah shaila yang lain untuk tengok..


Jom kita mandi-manda...hahaha...masa ini pagi isnin,walaupun waktu masih pagi,bahangnya sangat-sangat terasa.


dua orang anak buah shaila yang tidak henti-henti mandi walaupun masa ini diorang demam.


haaa...untuk naik bot ini harganya rm5.00 untuk seorang...tapi dia tidaklah bawak jauh mana pun shaila rasa tidak sampai setengah jam pun..^^


Lihatlah anak-anak buah dan abah khusyuk menikmati pemandangan laut...okay sampai sini sahaja...

Contact Chalet Impian Teluk Batik

PUAN SITI : 019-579 3907 atau PEJABAT : 05-6898961

Laman Web


-TQ-

18 comments:

  1. mak aii besar nya obor-obor tu ekk.. teluk batik ni memang bes. pernah gak pegi sekali ^_^

    ReplyDelete
  2. bot tu sekadar bawak kita pusing-pusing sekitar pantai teluk batik la yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah...dia tak bawak jauh pun...sekitar sini2 sahaja...^^

      Delete
  3. woahhh..mcm mana laa obor2 tu bleh tersadai tepi pntai..
    mesti dya pon takut kan..sbb bleh jd ancaman manusia..

    well..percutian yg menarik kak shaila..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal...maybe di bawa arus ombak kot..^^

      Delete
  4. murahnya naik boat RM5 je
    nasib baik masih ada chalet kosong..sllnya kalau peak season susah nak dpt

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal...itupun dapat duduk dorm sahaja...xpelah...atleast ada tempat..^^

      Delete
  5. gila besar obor2 tu !!! teringin nya nak tgk depan2 . . shaila pegang tak ? rasa apa ek ? bestnya bercuti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..jawapanya tak pegang pun coz takut gatal2...heee

      Delete
  6. assalamualaikum, waaahh best nyer pegi pantai :) emma pernah pegi teluk batik sekali jer.. hehehe :)

    ReplyDelete
  7. wahhh syoknya bercuti... seronok bersama keluarga :) pergi pantai mmg fav acik

    ReplyDelete
  8. shila bagi no pon teluk batik tu leh........


    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak...shaila xsave la dear...shaila ambil dekat laman web die...

      Delete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete