Setiap Yang hidup Pasti Akan Pergi | Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger: Setiap Yang hidup Pasti Akan Pergi

Setiap Yang hidup Pasti Akan Pergi

Assallammualaikum

Disini Shaila hendak kongsi dua paparan yang amat-amat mengusik hati shaila..paparan pertama adalah Nadia Shazwani seorang photographer cantik dan berbakat dan juga seorang blogger cantik dan periang iaitu Yasmin Hunwick.Kisah yang terjadi pada mereka sangat-sangat menyayat hati dan membuat hati kita rasa tersentuh mendengarnya.Yupp setiap yang hidup pasti akan pergi..kematian ada di mana-mana,tidak kira umur..masa pangkat atau tempat...Cuma kita tak tahu bila dan dimana Allah akan menjemput kita untuk kembali kesisiNya.. Wallahualam...Kematian mereka meninggalkan kita bersama mesej supaya kita tidak alpa dengan kehidupan duniawi..Sama-samalah kita sedekah Al-Fatihah untuk kesejahteraan arwah dan arwah ditempatkan dikalangan orang yang solehah amin... Shaila tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan keluarga arwah untuk menempuhi masa-masa mendatang tanpa arwah disisi.. Tetapi shaila percaya seluruh anggota keluarga arwah begitu tabah mengharungi dugaan daripada Allah...  

Photographer berbakat meninggal dunia

Abang arwah Nadia Zahari


Nadia Syazwani Zahari’s car after the collision in Jalan Subang, Shah Alam, yesterday. Pic by Asyraf Hamzah

SHAH ALAM: Seorang wanita berusia 26 tahun (bakal pengantin) terbunuh dalam kemalangan di persimpangan isyarat di Jalan Montfort, Seksyen 13 di sini petang ini.
Dalam kejadian jam 4.30 petang, 16/8/13 9(Jumaat), Nadia Syazwani Zahari telah memandu dari Batu Tiga ke arah TTDI Jaya dengan Perodua Kancil ketika keretanya itu telah merempuh oleh kereta Audi A4.

Beliau mengalami kecederaan badan yang serius dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lain melarikan diri tanpa mengalami kecederaan.

Tunangnya, Shafiq Khairy Mohd Shariff, 26, bergegas ke tempat kejadian selepas dia menerima panggilan tentang kemalangan tunangnya tersebut.

"Nadia bekerja sebagai seorang jurugambar sambilan dan sedang dalam perjalanan untuk mengambil gambar di Bukit Jelutong itu.

"Pelanggan beliau memberitahu saya mengenai kemalangan itu selepas dia gagal muncul untuk mengambil gambar beliau," katanya di tempat kejadian.

Pasangan itu bertemu dua tahun lalu semasa mereka belajar di Universiti Selangor (Unisel) dan mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lepas.

"Kami sepatutnya akan berkahwin Oktober ini," katanya.

Mangsa kakak ipar Hanis Shafinaz, 34, berkata, Nadia adalah satu-satunya perempuan dalam keluarganya daripada empat adik-beradik dan juga anak bongsu.

"Nadia baru sahaja selesai pelajaran dalam bidang grafik dan akan menghadiri majlis graduasi," katanya di tempat kejadian.

Al-Fatihah untuk beliau (07/05/1988-16/08/2013)

Moga tenang disana. 

Yasmin Hunwick / Yasmin Johan Eusoff


Saya percaya tentu ramai yang dah mengenali beliau, memandangkan cerita beliau semakin hangat diperkatakan kini..... Pada yang belum kenal atau masih tertanya-tanya siapakah beliau, saya lampirkan sedikit biodata mengenai beliau...



kisah disebalik yang berlaku sungguh tragis dan pastinya dirasai lebih mendalam lagi terutamanya insan yang dekat dengan arwah

Tanggal 3 Jun 2012 telah berlaku tragedi tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah

Salah daripada mangsa adalah Yasmin Johan Eusoffe berdarah kacukan Inggeris dan Melayu arwah lebih dikenali di internet sebagai Yasmin Hunwick

Petikan Berita - Bernama

LANGKAWI: Tiga remaja perempuan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah van di simpang lampu isyarat Lebuhraya Kuah di sini, tengah malam tadi.

Pegawai Penyiasat Polis Trafik Langkawi Insp Fairus Mohd Ghazi berkata ketiga-tiga mangsa iaitu Yasmin Suhari, 17, Nor Hazwani Mansor, 16, dan Nur Afipah Aaina Ridzuan, 19, berasal dari Kuah dan merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri di sini.

“Mereka yang menaiki sebuah motosikal dari arah lampu isyarat Sungai Menghulu bertembung dengan sebuah van dari arah Batu Asah di simpang berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam tadi,” katanya hari ini.
Katanya ketiga-tiga mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mereka dibawa ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing hari ini, manakala enam orang yang menaiki van tidak mengalami sebarang kecederaan. – Bernama

Klik sini "Her Illusionist" untuk ke blog arwah yang kini diselenggara oleh ibunya sebagai tanda kenangan.

Kematian menjadi trending di twitter kerana sebelum daripada tragedi itu berlaku arwah sempat berkongsi cerita dengan menulis status berkaitan kehidupan di alam barzakh dan mimpi yang menakutkan menerusi akaun twitternya

Dalam pada itu arwah juga memuat-naik buku yang dibaca iaitu mengenai persiapan Menuju di Alam Barzakh


Arwah juga menyatakan perasaan gembira dan teruja setelah membaca buku tersebut.Seolah-olah arwah sudah merasai petanda-tanda mengenai kematian

Antara mimpi yang di alami arwah turut dikongsikan bersama rakan-rakan untuk di jadikan iktibar bersama


Tempat persemadian arwah




Begitu indah ciptaan Allah ini.... Sejuk mata memandang


Yasmin Hunwick / Yasmin Johan Eusoff : 22 February 1995 - 3 June 2012

-Al-Fatihah-

Sekian Terima Kasih

9 comments:

  1. dari NYA kita datang kepada NYA kita kembali...al-fatihah

    ReplyDelete
  2. al fatihah..
    semoga mereka ber-2 tenang disana..

    ReplyDelete
  3. Alfatihah ..arwah nadia zahari adalah adik ipar haniz syafinaz classmate akak....mmg sedih baca kat fb haniz ttg pemergian sati2nya adik ipar beliau...

    ReplyDelete
  4. al-fatihah... sedih nya lahai...

    ReplyDelete
  5. dari Allah kita dtg, kpd Dia lah juga kita kembali

    ReplyDelete

INFO TERKINI