Thursday, August 1, 2013

Kecantikkan seorang wanita

Assallamualaikum


Kecantikan itu aset dan keagungan wanita. Ketahuilah bahawa kecantikan seorang wanita bukan terletak pada wajahnya tetapi kelembutan jiwanya

Wanita yang berasa dirinya tidak cantik akan berasa sedih dan merendah diri. Mereka mudah malu dan hilang keyakinan berhadapan dengan orang ramai. Mereka seakan berasa persepsi orang terhadap mereka buruk-buruk belaka.

Berbeza dengan wanita yang cantik. Langkah mereka penuh dengan gaya dan bertenaga. Senyuman mereka tidak putus-putus menghiasi waja. Sungguh berkeyakinan. Mereka sentiasa yakin bahawa orang ramai suka melihat diri mereka.

Jangan cemburu apabila diri mu tidak cantik duhai wanita kerana cantikmu bukan di situ. Tetapi di dalam hati. Lelaki yang baik akan menilai hatimu yang cantik bukan rupamu.

"Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu meluluh,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Jika hati itu bersih...".

Sesungguhnya hati yang bersih akan mencerminkan keindahan peribadi, dengan cerminan itulah dirimu lebih cantik daripada wanita yang hanya cantik dipandang semata-mata namun 'kurang cantik' dalam menghiasi diri dengan kemuliaan akhlak.

Memang kita cantik,anggun dan jelita kini tetapi tiada siapa yang tahu dan boleh mentafsir masa hadapan.Sesungguhnya,kecantikan hati lebih berharga dan bernilai berbanding kecantikan rupa paras.Usahlah membangga diri dengan kecantikan yang dianugerahkan oleh Allah kerana Allah boleh menarik apa yang dianugerahkan kepada kita bila-bila masa.kecantikkan pada rupa dan fizikal, sifatnya hanya sementara.Semakin lama usia kita semakin meningkat begitu juga dengan wajah kita dan fizikil kita semakin lama semakin di mamah usia,yang tinggal hanyalah kecantikkan pada hati kita yang akan kekal abadi selamanya..^^



Sekian Terima Kasih


11 comments:

  1. suka entri nie :) cantik itu subjektif.. jika cantik dari paras rupa itu bonus untuk kamu ,, tapi ada apa pada kecantikkan jika tidak di seimbangkan dengan tingkah laku dan amalan.. yang cantik sebenar adalah wanita yang menjaga luar dan dalamnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks..yup...cantik tidak kekal lama..yang tinggal hanya kecantikan pada hati..^^

      Delete
  2. cantik tu subjektif..stiap org pndangan kadang2 len2...yg pntg dalam kne cantik..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..tepat sekali..tetapi cantik tidak kekal lama..

      Delete
  3. luar dalam tu kena sentiasa cantik . baru lah hidup dihormati :)

    ReplyDelete
  4. Setuju sangat dengan entry ni.. hati yang suci bersih dapat memikat hati yang lain utk didekati.. Nice sharing

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah, kena bersyukur dengan apa yang kita miliki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...harus bersyukur dengan apa yang kita ada...walaupun tidak sehebat mana..^^

      Delete
  6. kecantikan hati melebihi segala-galanya :)

    ReplyDelete

INFO TERKINI