Thursday, June 20, 2013

Tanggungjawab anak lelaki kepada ibu bapa selepas berkahwin

Assallamualaikum


Seperti kita tahu,apabila kita sudah berkahwin,komitmen kita semakin bertambah,tetapi adakah kita harus menghentikan tanggujawab kita kepada ibu dan ayah hanya kerana komitmen kita yang semakin bertambah?
Hubungan dan tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapanya tidak akan terputus walaupun ia telah mendirikan rumahtangga.Sekiranya ibu bapanya miskin tidak berharta, sebagai anak wajiblah membantu kedua ibu bapanya dan tidak menjejaskan nafkahnya kepada ahli keluarganya sendiri. Kerana keredhaan Allah SWT bergantung kepada keredaan ibu dan bapa.

Diriwayatkan dari jabir Ibnu Abdillah ia berkata bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku telah mengambil hartaku".

Kemudian malaikat Jibril pun turun kepada Rasulullah SAW dan berkata: "Allah Azza Wajalla menyampaikan salam kepadamu. Apabila orang tua itu datang kepadamu maka tanyalah kepadanya tentang sesuatu yang dikatakan dalam dirinya dan hanya di dengar oleh telinga saja".

Tatkala orang tua itu datang, Rasulullah SAW pun bertanya: "Mengapa anak lelakimu mengeluh tentang sikapmu, dan apakah engkau ingin mengambil hartanya ?".

Orang tua itu pun berkata: "Tanyalah kepada anak lelaki ku itu ya Rasulullah, apakah aku menggunakannya bagi salah seorang ibu saudaranya atau bagi diriku".

Rasulullah SAW berkata: "Janganlah ceritakan hal ini kepada kami, beritahulah aku tentang sesuatu yang engkau ucapkan dalam dirimu dan hanya didengar oleh kedua telingamu". (sesuai dengan perintah malaikat Jibril tadi)

Orang tua itu pun berkata: "Demi Allah, ya Rasulullah, Allah SWT selalu menambah keyakinan kami terhadap diri baginda. Aku telah mengucapkan sesuatu dalam diriku yang hanya didengar oleh kedua telingaku".

Rasulullah SAW bersabda: "Katakanlah agar saya dapat mendengarnya". Orang tua itu pun berkata:

"Ku beri engkau makan ketika masih bayi dan ku biayai engkau ketika dewasa.

Engkau minum dari rezeki yang kuberikan kepadamu.

Bila engkau sakit di waktu malam, aku tidak tidur dan gelisah semalaman kerana penyakitmu.

Seakan akulah yang terkena penyakit itu bukannya engkau sehingga akhirnya aku menangis.

Diriku takut jika engkau binasa.

Supaya engkau tahu bahawa maut memiliki waktu tertentu.

Tatkala engkau menjadi besar dan mencapai akhir usia, aku pun tidak mengharapkanmu.

Engkau balas aku dengan kekerasan dan kebengisan, seakan-akan engkaulah pemberi kenikmatan dan kurnia.

Jika engkau tidak memelihara hak aku sebagai seorang bapa cukupah engkau lakukan seperti yang dilakukan tetangga yang berdekatan.

Lalu engkau penuhi hak tetangga terhadapku dan tidak kikir kepadaku dengan harta yang bukan hartamu".

Ketika itu Rasulullah SAW memegang leher baju anak lelaki tersebut dan berkata: "Engkau dan hartamu milik ayahmu".

Jelaslah bagi kita betapa penting tanggungjawab anak lelaki terhadap kedua ibu bapa. Walaupun dia sudah berkahwin dan mempunyai tanggungan isteri dan anak-anaknya tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapa tidak boleh diabaikan.

PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI JUGA

Sekian Terima Kasih

7 comments:

  1. betultu, tanggungjawab anak lelaki ni memang berat termasuklah selepas kahwin..wanita bila dah kahwin tanggungjawab dia beralih kepada suaminya...salam perkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...berat tanggungjawab seorang lelaki...

      Delete
  2. ohhhh my berat sungguh tanggungjawab kan...takut pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmmm.sebab itulah lelaki layak jadi pemimpin..^^

      Delete
  3. betul tu.. harap2 anak teruna mak dara sorang tu tak abaikan mak dara dan somi bila dia dah berbini nnt hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..kdg2 itulah..bila dah komitmen banyak sampai lupa tanggujawab kepada ibu bapa...

      Delete
  4. Mohon share yer..

    ReplyDelete

INFO TERKINI