Kena Sihir | Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger: Kena Sihir

Kena Sihir

Assallamualaikum


Hai..hai..hai..entry saya kali ini adalah berkenaan sihir.Sebelum itu apa itu sihir? Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.


Terlalu banyak sangat saya dengar cerita tentang sihir.Tidak baiklah sihir orang walaupun dia buat jahat dengan kita..Biar orang buat jahat dengan kita jangan kita buat jahat jaht dengan orang.Lagipun Allah itu maha kaya,maha mendengar dan maha melihat..banyakkan berdoa pada Allah agar orang yang buat jahat pada kita itu dibukakan hatinya untuk berubah.Cerita pertama saya tentang sihir adalah dari kawan office saya yang mengatakan adik saudara terkena sihir pada hari pertunangan.Tanda-tandanya adalah adik saudaranya asyik marah dan menyalahankan tunangnya.Selain itu adik saudara dia sudah jadi macam tidak betul macam terawang-awang.

Kes kedua pula pula..kakak saudara saya punya adik.Selepas beberapa hari perkahwinanya..dia start benci pada isterinya.Selain benci,habis baju-baju isterinya dia gunting-gunting and akhirnya hubungan mereka berakhir ditengah jalan.Masjid dibina musnah disebabkan sihir.

Kes ketiga pula berlaku pada abah saya sendiri.abah saya ada sahabat karib..disebabkan abah saya dinaikkan pangkat,kawan-kawannya cemburu lalu menyihir abah saya menggunakan patung.Alhamdulillah abah saya cepat berubat.Akhirnya kawan-kawan datang dalam mimpi abah saya meminta maaf..dan selang beberapa bulan kemudian, ada beberapa kawan karib abah yang meninggal dunia.

Apakah hukum orang yangmengamalkan sihir dengan berjumpa bomoh untuk tujuan menganiaya orang lain,sedangkan dia pernah mengerjakan haji dan umrah? Adakah perbuatannya itu jatuhmurtad?


Berkenaan sihir, Allah SWT berfirman: “Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikutajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masapemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yangmenyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir(dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihirdan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil(Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelahmereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan(untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (denganmempelajarinya).” [Surah al-Baqarah, ayat 102]

Berdasarkan ayat di atas dapat difahami bahawa sihir ialah permainan syaitan. Sihir bermaksud sesuatu yangtersembunyi. Cara sihir berfungsi ialah bomoh terbabit memiliki syaitan yangdipeliharanya, dan syaitan itulah yang melaksanakan “sihir” yang diperintahkanoleh bomoh. Sebagai balasan bomoh akan memberikan sesuatu kepada syaitanpeliharaannya itu, lazimnya melibatkan apa yang membawa hukum kafir kepadabomoh terbabit. Antara yang lazim ialah buang air kecil dan air besar di atasmushaf al-Qur’an, memaki hamun Rasulullah SAW, menyembelih haiwan di atas namasyaitan dan bersolat sambil menghadap tengkorak, najis dan sebagainya.

Tidak asing, orang yang datangmengupah bomoh juga diminta melakukan perkara-perkara di atas sehingga dia jugaturut menjadi kafir. Semua ini berlaku secara “tersembunyi dan tersorok”,sehingga dengan itu ia digelar sebagai “sihir”. Oleh itu sihir, sama ada ringanada berat, dengan apa jua alasan, tetap membawa hukum kafir kepada pelakunya(tukang sihir/bomoh) dan pemintanya (orang yang pergi jumpa tukangsihir/bomoh). Pengubat sihir juga boleh menjadikafir, jika dia mengubati sihir dengan sihir. Sebaliknya jika dia ubati sihirdengan nasihat kepada mangsa agar takut serta yakin kepada Allah dan bukankepada sihir, dengan cara mencari dan membasmi agen-agen sihir, maka semua iniadalah cara pengubatan Islam yang tidak membawa hukum kafir.

Walaubagaimanapun, janganlah pula seseorangitu dengan mudah menghukum kafir atau murtad kepada orang yang berjumpa bomohatas tujuan sihir. Sebaliknya siasatlah secara adil dan jika nyata ia sihir,maka berilah penjelasan yang hikmah dan hujah yang meyakinkan agar orang itumenjauhi sihir. Jangan mudah mengkafirkan orang lain, dibimbangi hukum kafir itu kembali kepada orang yang mengkafirkan.




7 comments:

  1. seramnya. Mintak dijauhi dri sihir. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..hopefully kita semua dijauhi dari perbuatan sihir ini..^^

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah. ? Saya xpernah kena dan minta dijauhkan..amin..

      Delete
  3. ish bahay jugak tu sampai bercerai-berai pasangan baru kahwin. hope family besar awk sabar dgn ujian mcmni semua k:)

    ReplyDelete
  4. Sihir itu...menggunakan ilmu khodam,,,,hnya berlaku di dunia ,tapi enggak di akherat....

    ReplyDelete

INFO TERKINI