Thursday, December 26, 2013

Kesan Berhenti Produk Adha Skin Care

Assallammualaikum


Hai semua apa khabar? sebenarnya sudah lama shaila hendak buat entry ini tetapi asyik bertangguh saja. kalau ada yang membaca blog shaila, pasti tahu shaila dahulu pengguna tegar produk adha skin care. Korang boleh refer LINK ini untuk membaca pengalaman shaila menggunakan produk ini. Tetapi itu dahulu, sekarang shaila sudah berhenti menggunakan produk ini

KENAPA Shaila STOP?

Shaila berhenti kerana shaila kurang yakin dan was-was keselamatan produk. Walaupun banyak kenyataan mengatakan produk ini selamat, tetapi hati shaila tetap berasa was-was.Jadi dari terus dibelenggu rasa was-was, shaila buat keputusan untuk berhenti menggunakan produk ini.

KESAN berhenti produk ini?

Sebenarnya tidak banyak kesan pun cuma apa yang shaila dapat lihat adalah kulit shaila kembali manjadi kusam dan jerawat sudah start naik sikit-sikit. kesimpulannya adalah shaila harus menggunakan produk ini secara berterusan kerana jika shaila berhenti, kulit shaila menjadi kusam  dan jerawat kembali. Tetapi shaila memang nekad tidak mahu menggunakan produk ini. Sekarang shaila masih dalam pemcarian produk yang yakin selamat.

IKLAN

Gambar Shaila Telah Dicuri


Instrgram ini telah ditemui kakak saudara shaila, page ini telah mengambil gambar shaila tanpa kebenaran. Tapi takpelah asalkan bukan dimasukkan dalam page bukan-bukan TETAPI kalau minta kebenaran dahulu sebelum ambilkan lebih molek kot.

Sekian Terima Kasih
Baca Selengkapnya >>>

Monday, December 23, 2013

Review Produk Nutox Oxyfusion

Assallammualaikum


Hai semua apa khabar.Rasa macam sudah lama shaila tidak buat entry, maaflah sekarang sibuk sedikit..hihihi....Okay hari ini shaila hendak review tentang nutox oxyfusion. Shaila pakai produk ini selama 2 minggu, untuk kulit jenis shaila iaitu kulit combinasi hasilnya adalah : 

KIta lihat dahulu dari sudut positif :

Kulit menjadi halus dan mulus
pori-pori menjadi kecil

Kalau dari sudut negative pula adalah :

Kulit shaila naik jerawat dan
menjadi gelap.

Adakah shaila masih menggunakan lagi produk ini? 

jawapanya tidak since kulit shaila naik jerawat dan menjadi gelap, shaila terus stop. Ada juga kawan-kawan shaila berpendapat itu adalah antara salah satu proses untuk menyah toksin tetapi shaila takut juga kalau kulit shaila menjadi semakin gelap dan semakin naik jerawat jadi shaila buat keputusan untuk berhenti.

Adakah produk ini tidak bagus?

Sebenarnya untuk menilai sesuatu produk bergantung pada kulit kita. Shaila telah menjual produk ini pada kawan office shaila, feedback dari dia adalah produk ini okay. Muka dia tidak menjadi gelap atau naik jerawat. Sampai sekarang dia masih menggunakan produk itu dan shaila tengok muka dia okay sahaja tidak menjadi gelap atau ditumbuhi jerawat.

Okay sampai sini sahaja review shaila tentang produk nutox oxyfusion.

Sekian Terima Kasih
Baca Selengkapnya >>>

Friday, December 6, 2013

Produk A'laisyah Sudah Bertukar Wajah

Assallammualaikum


Packaging baru


Packaging Lama


Inginkan kulit yang cerah, gebu dan muda dalam masa terpendek? A’laisyah Siri Uni White Plus dengan formulasi baharu mampu memberikan anda kulit yang cerah, gebu dan muda dalam hanya dua minggu.

Disebabakan shaila banyak dapat feedback cara untuk pakai produk a'alaisyah, jadi dibawah shaila senaraikan turutan penggunaan produk a'laisyah,diharap dapat membantu yer...(^_~)

Cara Pemakaian Produk A'laisyah

Pertama


Pembersih Pencerah Muka

Pastikan anda membersihkan muka dua kali sehari supaya kulit wajah tidak tercemar dan liang pori tidak tersumbat. Ingat juga untuk disusuli dengan penggunaan penyegar A’laisyah

Kedua


Penyegar

Ramai yang tak tahu yang penyegar muka amat penting dalam rutin kecantikan kita. Kadang kadang kita selalu lupa nak pakai penyegar muka selepas mencuci muka kan?

Tanpa penyegar, kulit akan jadi kering dan lesu. Gunakan A’laisyah Penyegar untuk kekalkan kelembapan dan keserian kulit.

Ketiga


Krim Pencerah Kulit SPF20++ - RM10.90

Kalau anda sering terdedah kepada sinaran matahari dan kulit senang gelap, anda harus menggunakan produk yang mengandungi SPF. Krim pencerah baru A’laisyah Uni White Plus mampu melindungi kulit dari sinaran UVA dan pada masa yang sama mencerah dan menjadikan tona kulit lebih sekata.

Keempat


Krim Kecantikkan - RM9.90

Krim Kecantikan A’laisyah ini lah jawapannya. Sesuai digunakan pada siang dan malam, untuk semua jenis kulit.

Kelima


Krim Sari Pelembap Malam

Sekarang dah tak perlu risau dengan kedutan di muka. A’laisyah Krim Sari Pelembap Malam mampu buat kulit kita kembali anjal dan lebih muda

Tambahan


Skrub muka

Skrub muka harus ada dalam rutin kecantikan kita. Bersihkan segala kotoran dan sel kulit mati di wajah dengan Scrub Muka A’laisyah. 

Tips: Pakai skrub terlebih dahulu sebelum scrub penyegar.


Krim BB A’laisyah - RM17.90

Krim BB A’laisyah sesuai untuk kaum wanita yang tidak suka solekan tebal. Ia mampu menyamarkan noda dan cela di samping menjadikan tona kulit lebih sekata. Paling best untuk mendapatkan solekan yang natural.

Sekian Terima Kasih
Baca Selengkapnya >>>

Thursday, December 5, 2013

Tutti Art Club

Assallammualaikum


Welcome to Tutti Art Club. Tutti is here to welcome all special artists who share their passion in art. We want to build a close connection with parents and special artists in the area of creative arts. This club is happy to provide support and teaching aid for special artists. Come and share your views and ideas to help them create not dream but reality!!! Art is a gift to humanity that shows love and truth in a beautiful way.


Hai semua..ingat tak lagi tentang event intrade yang shaila pergi hari tu? Okay shaila saja tidak masukkan entry pasal organisasi ini kerana shaila hendak buat entry khas pasal organisasi ini.


Apa yang shaila tahu tentang kelab ini adalah kelab ini ditubuhkan untuk orang-orang istimewa. Mereka bukan sahaja istimewa tetapi turut juga di kurniakan bakat yang istimewa dalam bidang seni lukis.

Lihat sahaja hasil artwork yang mereka hasilkan sangat unik dan cantik.Shaila sangat terpesona melihat hasil karya yang mereka.

Lukisan ini sangat-sangat shaila suka kerana sangat comel dan cantik


Pada event hari itu, hasil lukisan mereka telah diterjemahkan atau telah diadaptasi ke dalam betul shawl. Kesemua lukisan mereka telah dilukis balik di atas kain lalu dipamerkan.Memang kreatifkan.

Contoh shawl dari hasil lukisan mereka


Cantikkan hasil karya mereka.Okay mereka juga ada laman web tau, so kalau hendak tengok banyak lagi karya mereka bolehlah ke laman web mereka seperti yang tertera dibawah.


Sekian Terima Kasih
Baca Selengkapnya >>>

Sunday, December 1, 2013

INTRADE MALAYSIA 2013 - Revitalising Export Growth

Assallammualaikum


Hai semua...apa khabar? di harap sihat selalu. Okay kali ini shaila hendak cerita tentang satu event yang dianjurkan oleh pihak Intrade. Shaila pada hari itu mewakili company untuk jaga booth di sana.


Event ini juga disertai oleh beberapa buah negara seperti Jepun, India , Pakistan ,malaysia dan beberapa buah negara lagi. Tujuan event ini di adakan adalah untuk mempromosi produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh company masing-masing. Di sana saya kagum melihat campany-campany dari malaysia mampu mencipta teknologi yang setaraf dengan luar negara.


Diatas adalah rekaan yang dicipta dari negara jepun. Sha memang palin suka melawat booth dari jepun kerana Rekaan mereka memang memang menarik dan comel.Kebanyakkan produk dari jepun ini hanya untuk display sahaja tidak boleh dijual,sayangkan, kalau tidak sha dah beli volet hello kitty tu...hihihi


Barang-barang perhiasan ini pula daripada sabah, perhiasan ini semua diperbuat daripada mutiara memang cantik berkenan sungguh shaila tengok  tetapi harganya pun cantik juga, ada juga yang murah seperti cincin tetapi nanti beli tersadai sahaja di rumah..


Buat pengetahuan semua, perobot ini diperbuat daripada kotak tau, memang menerujakan.Yang istimewa tentang produk ini adalah walaupun diperbuat daripada kotak memang kukuh dan kuat jadi boleh ia adalah salah satu produk yang  boleh digunakan.


Tara!! comelkan dekorasi bilik ini, dahlah color pink boleh pula letak patung hello kitty,memang ngamlah..booth ini terletak berhadapan booth shaila, mereka menawarkan perkhidmatan dalam bidang interior design.


Okay beg ini hasil buatan Malaysia memang cantik dan menarik sehingga menarik perhatianku untuk membelinya..hihihi


Baju ini pula dari india..cantikkan? rekkan dan corak-corak yang direka memang cantik dan unik.


selendang shaila juga daripada india..hihihi...murah je tau RM10 saje..


Ini antara contoh sari daripada India.Cantik dan colourful

Shaila dengan beberapa contoh kain sari.


Gambar diatas pula adalah produk daripada percetakan tenaga. Percetakan tenaga ini membuat packaging produk. Keisitimewaan produk mereka adalah packaging yang mereka reka memang menarik dan cantik. Bagi mereka rekaan packaging yang cantik dan merarik adalah faktor utama untuk menarik pelanggan untuk membeli sesuatu produk 


Dan gambar terakhir adalah apa yang menarik tentang produk ini adalah bentuknya yang variasi begitu juga dengan decoration serta warnanya memang cantik dan mampu menarik perhatian sesiapa yang lalu di booth itu.Okay sampai disini saja ulasan shaila yang tidak seberapa ini.

Sekian Terima Kasih
Baca Selengkapnya >>>

Saturday, November 30, 2013

Oxybenzone Dalam Produk Sunscreen

Assallammualaikum


Hai semua, apa khabar? okay kali ini Shaila ingin bercerita tentang satu bahan yang terkandung dalam produk sunscreen. Bahan itu adalah Oxybenzone.Shaila terfikir untuk buat research tentang bahan ini adalah kerana dibawah kotak krim muka shaila ada tertulis " Amaran : Produk ini mengandungi Oxybenzone " .Ehhh...kenapa dia bagitau macam itu yer? bahaya ke bahan ini ?

Apa itu Oxybenzone?Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat, Oxybenzone yang berfungsi sebagai penyerap cahaya ultra ungu dan agen perlindungan dari sinaran matahari dikesan pada kulit hampir setiap rakyat negara tersebut. Dalam kajian epidemiologi manusia, Oxybenzone telah dikaitkan dengan kerengsaan, sensitif dan alahan.Oxybenzone adalah racun yang dikandung oleh penahan sinar matahari (sunscreen) yang menjadi faktor penyebab kanker kulit. Lebih baik gunakan sunscreen berbahan Zinx Oxide atau Titanium oxide.

Wahhh...rupanya bahaya juga bahan ini pada muka kita, kesimpulanya Shaila kena stoplah guna krim ini. Tapi baguslah pengusaha produk ini, dia bagi amaran awal-awal tentang bahan bahaya yang terkandung dalam produk ini.Yang tidak bagusnya, dia tahu bahan itu berbahaya tetapi kenapa masih dipasarkan atau mengantikan dengan bahan Zinx Oxide atau Titanium oxide. Shaila tidak tahu adakah sumber yang shaila dapat tentang oxybenzone ini adalah sahih TETAPI bagi shaila mencegah adalah lebih baik dari merawat.

Sekian Terima Kasih
Baca Selengkapnya >>>

Thursday, November 28, 2013

CPUV/BE NUFFNANG November Lagi !!!

Assallammualaikum


Alhamdulillah, sha dapat CPUV dari pihak nuffnang lagi...Ya Allah syukur sangat- sangat. Thanks to pihak nuffnang kerana memberi shaila kesempatan untuk merasa CPUV untuk bulan november lagi. 


Buat masa ini campaign dari Guess Jeans, mah sing , Taylor scholarship  dan yang terbaru Libresse masih berjalan lagi...alhamdulillah...rezeki shaila untuk hari jumaat ini...Guess Jeans memang terbaik, start 14 october,sampai sekarang masih on going (^_~)

Thanks to : nuffnang 

Sekian Terima Kasih
Baca Selengkapnya >>>

Monday, November 25, 2013

Review BYPUJI Product

Assallammualaikum


Hai semua..sekarang shaila hendak review pasal shawl dari BYPUJI pula..BYPUJI adalah nama jenama untuk produk yang dihasilkan oleh owner BYPUJI iaitu Azza. Shaila bahasakan "kak Azza" Selain shawl, tudung bawal juga turut di hasilkan. 

Owner BYPUJI



Inilah owner BYPUJI Azza adalah nama diberi, orangnya manis lagi bergaya..tengok sahaja gambar di atas..hahaha...sangat styles bila bergambar.. Okay BYPUJI juga merupakan salah satu sponser dalam  Majlis Pelancaran Video Brosur bersama Bloogers. Dibawah adalah beberapa gambar yang diambil semasa majlis itu.

Model dan juga owner BYPUJI

Haaa...inilah model BYPUJI..adik comel ekin...hahaha...orangnya memang happy go lucky, photogenik dan pandai bergaya...

Gambar owner BYPUJI bersam Bloogger

Owner Cheesecake & choc dan juga owner BYPUJI


Tara!!! comelkan mereka nie semua..hihihi...

Contoh Produk Yang Mereka Hasilkan :

  Batch 1

Batch 2



Komen Shaila 

Shaila juga merupakan salah seorang pelanggan BYPUJI, buat masa nini, shaila telah membeli 2 helai shawl dari BYPUJI dan dah order lagi satu dari kak azza..hihihi.



 Komen shaila untuk Shawl yang dihasilkan oleh BYPUJI adalah shawl BYPUJI sangat selesa dipakai. Selain itu, shawl BYPUJI juga tidak jarang dan sesuai untuk digayakan dengan pelbagai gaya, bentuk dan juga styles.Design dan corak-corak yang ada pada shawl BYPUJI  sangat unik,cantik, elegant dan mempunyai identitinya tersendiri. 

Untuk melihat lebih banyak lagi shawl dan juga tudung BYPUJI,bolehlah  melawat serta like Fan Page FB seperti dibawah :

We sell exclusive custome-made shawls, bawal,("awning, syria" coming soon) for scarves lovers out there who looking for unique design from common market!

https://www.facebook.com/bypuji

Please EMAIL to bypuji@gmail.com

Sekian Terima Kasih
Baca Selengkapnya >>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...